Saturday 21 November 2015

NIAT ATAU MATLAMAT YANG BAIK TIDAK SEMESTI MENGHALALKAN CARANYA

Sekarang aku faham bila ada yang sanggup bunuh diri disebabkan stress dengan orang sekeliling. Melalui blog dan berita yang ku baca beberapa bulan yang lalu, katanya ibu muda ini yang baru melahirkan anaknya telah terjun dari apartmen kediamannya kerana tidak dapat menerima hakikat dan mulut2 orang sekeliling kerana dia gagal menyusu bayinya @ breast feeding.  Samada berita ini betul atau tidak, tapi aku percaya yang keadaan persekitaraan dan masyarakat sekeliling mampu mendorong kita untuk mendapat stress dan tidak mustahil dari rasa stress itu jugak mampu mendorong kita melakukan perkara selanjutnya. Ini berdasarkan apa yang aku dengar dari luahan seorang teman.

"tak kira nak ceta jugak dengan kak ida". Walaupun waktu tu aku tengah sibuk dengan tugasan di pejabat, tapi aku masih mampu pinjamkan telingaku untuk mendengar sambil tangan pantas meneruskan kerja. Dia mula bercerita dengan penuh semangat.

Sedang dia khusyuk di mesin fotostat, datang A membawa dokumen kepada B.  Teman ku ni sedar dari kerlingan matanya, walaupun si A bercakap dengan si B tetapi matanya lebih berminat kepada temanku ini.  Akhirnya si A menghampiri si temanku ini dan menegur perut teman ku ini.  Yang menjadi amarah temanku ini kerana si A secara lantang menegur perkara sensitif tu dihadapan orang lain. Si A juga menyarankan temanku ini memakai korset @ girdle supaya badan lebih mantap dan tidak tersembul2 benda yang tidak perlu.  Ku ingatkan benda ni dah habis setakat tu saja.  Rupa2nya, masa dalam perjalanan balik bertubi wapps masuk dari temanku ini.

Katanya, tak puas dengan apa yang berlaku tadi rupanya ada golongan lain pulak yang komen pasal tubuh badan dan pakaian teman ku ini.  Malah ada yang lebih berani sampai sanggup menyentuh buah dada temanku dan komen saiz buah dadanya. Malah dalam wasap temanku ini beliau menulis :

Hodoh n hina sgt ke sya hari ni kak😭😭😭
Patut kr saya pakai jubah hitam untuk elakkan fitnah perempuan2 ..... kat opis ni
Seriously.. Saya pening la
Depa yg nak mati ke sya dah nk mati ni

Ok yang ni buat aku terkesima. Benda yang kita nampak kecil atau remeh pada pandangan mata kita tapi ianya mungkin tidak pada orang lain. Tambah2 teman ku ini seorang anak dara yang belum berkahwin.  Jadi sedikit sebanyak pasti apa yang dikomen tadi memberi impak yang besar bagi dia.

Ceta dia buat aku bukak mata. Walaupun kita ni dah kawin, anak dah 7, 8 orang tapi body solid molid (obviously bukan aku la kan) jangan la kita sewenang2 nak mengata orang. Mungkin niat kita baik nak dia jaga badan tapi apa salahnya teguran tu dibuat secara 4 mata bukan terang2an dihadapan orang lain.  Bagi kita mungkin ok tapi tidak bagi dia.  Ingatlah, niat tidak menghalalkan cara. 

Terima kasih buat teman yang meluahkan rasa hatinya padaku.  Sekurang2nya ianya juga buat aku sedar sebab aku pun kadang2 terlepas pandang benda2 sebegini. Aku ni suka bergurau so niat gurau aku tu tak semestinya orang lain boleh terima kan. 

So buat teman ku tadi, ku nasihatkan beliau agar lupakan je komen2 tu.  Let it go. Sebab kalau kita asyik bercerita pasal benda tu nanti kita asyik teringat je. Bila asyik teringat kita lak jadi stress.. kita amik je positif.  Sekurang2nya teguran tu buat kita beringat pasni kita pakai pakaian dan tudung dengan lebih sempurna supaya kita tak menyumbang orang untuk mengata kita. Tapi bukan tu je nasihat aku pada dia....

Lain kali bila org ckap gitu ko ckap balik. Dh abis kak cakap? Xpe sy maafkan apa yg akak ngata saya ni. Sebb akak dh tua takut x sempt mintk maaf dr sy

Oooo rohaida ingat matlamat awak tu tak menghalalkan cara tau....

Wednesday 23 September 2015

Moga kau tenang di sana....

Dalam bulan ni saja aku dah terima macam2 cerita sedih. Yang buat aku ketika ini di saat ini, 11.47pm masih gagal untuk memejamkan mata.  Sambil menghirup susu kambing panas, ku coretkan kisah sedih ini.

1.  11 Sept.  Kejadian kren runtuh di Masjidil Haram, Makkah.  Tiada seorang pun mangsa yang terlibat aku kenali atau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan aku. Tapi kesannya seolah2 mereka adalah saudara rapat aku. Rasa sedih dengan kejadian yang kita sendiri tak terduga.  Tetapi sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui segala2nya.  Salah seorang mangsa tersebut adalah Puan Rusiah Suar adalah jiran sekampung rakan sekerja ku.  Menurut rakanku itu, mangsa lebih dikenali sebagai Makcik Ros, merupakan seorang yang pandai memasak untuk kenduri kendara.  

2.  17 Sept.  Sedang aku melayari FB, mata aku terpandang status seorang rakan lama. Sahabat kami yang dulu bekerja di tempat yang sama telah meninggal dunia pada 16/9/15.  Terkejut sungguh aku dengan beritu itu.  Menurut rakan ku itu, arwah meninggal disebabkan sesak nafas.  Memang semasa hayatnya, arwah mempunyai sakit asthma.  

3.  Pagi Isnin, 21 Sept.  Sambil2 check email ofis, terpandang satu email bertajuk Al-fatihah.  Salah seorang, pekerja syarikat kami telah kembali ke rahmatullah pada 20/9/15 akibat kemalangan jalanraya.  Walaupun tidak mengenali beliau secara rapat kerana beliau bekerja di pejabat Negeri Sembilan, namun sedikit sebanyak berita tersebut memberi kesan kepada ku.

Moga keluarga mereka tabah hadapi ujian dan dugaan ini.  Kita doakan agar roh mereka yang telah pergi ini dicucuri rahmat Allah s.w.t.  Al-fatihah.

Image result for al fatihah

Monday 21 September 2015

FACEBOOK TIDAK MENGGAMBARKAN KEHIDUPAN SEBENAR SESEORANG

Tertarik dengan 1 artikel dari FB En Izzhar Nazri.  Tajuknya ialah "facebook tidak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang".  Melalui penulisan tersebut, beliau mengatakan bahawa apa yang seseorang itu kongsi di wall masing2 samada makan di restoran mewah, bercuti di luar negara adalah tidak memberi gambaran sebenar kehidupan individu tersebut.

Betul la tu. Sejak kebelakangan ini, kalau ada yang perasan aku memang tidak secara terang-terangan berkongsi cerita aku di media sosial contohnya seperti percutian keluarga.  Aku lebih suka letak di blog sebab aku tau blog aku tak ramai pembaca.  Bila tak ramai yang baca, so tak ramai la tau aktiviti aku kan.  Sejak usia dah semakin meningkat ini, aku selalu terfikir bahawa kadang2 niat kita berkongsi gambar atau cerita di media sosial mungkin akan disalah ertikan oleh orang lain. Yang lebih tak bestnya, mungkin kita akan buat orang lain rasa rendah diri dan terpinggir sebab tidak berpeluang merasai apa yang kita rasai.

Di sini aku " copy paste" kan coretan En Izzhar Nazri, semoga ianya menjadi panduan dan pedoman buat kita semua termasuk diri aku sendiri.  Harap En Izzhar tak keberatan dengan perkongsian ini. Terima kasih kepada beliau.

======================================================

[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]
Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
.
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
.
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
.
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!
Izzhar Nazri.
Pelajar Tahun Akhir,
Ijazah Sarjana Muda Psikologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
.

Thursday 17 September 2015

IKLAN OO IKLAN

Pengaruh iklan kepada kita (me specifically) sama ada di media massa, tv, radio mau pun di laman sosial tak dapat dinafikan sangatlah kuatnya.  Sebab tu syarikat2 besar maupun peniaga2 kecil dan sederhana berlumba2 mengiklankan produk mereka.

Aku memang selalu terpengaruh dengan iklan2 ni.  Tambah2 kalu iklan yang melibatkan makanan.. ahahahhaah..iyerr serious.. memang akan ku paksa en somi pegi tempat tu nak try makanan dia. Kadang2 hasilnya tidak memberangskan pun kalau nak dibandingkan dengan apa yang keluar kat iklan tu.  Lebih sudu dari kuah, tapi sekurang2nya dia dah berjaya buat orang macam aku ni terpengaruh dan pergi ke tempat dia kan..

Baru2 ni satu jenama besar yang berkaitan dengan produk kecantikan telah menaja satu rancangan besar realiti di stesen tv swasta telah mengeluarkan iklan terbaru mereka.  Lagu nya yang catchy dan model nya yang comel berjaya memikat hati orang dewasa dan kanak2 termasuk anak bujang aku yang berumur 5 tahun tu.  Siap hafal lagu dalam iklan tu lagi.

Satu hari aku berdiri depan meja solek sambil sapu krim muka. Si bujang kecil aku ni dok berdiri sebelah aku sambil pegang bekas krim muka aku tu seraya bertanya "ibu, ini .... (nama produk kecantikan dalam iklan yang dia hafal lagu tu) ker?".   OOO mmaiii... budak umur 5 tahun boleh tanya aku jenama produk tu. Kalau kakak dia tu ampunla lagi ni, Ni dah lah kecik, lelaki lak tu....i'm speechless!!!

Adoiiiii... iklannn oohhh iklannnn.....

Thursday 10 September 2015

Untung lahhhh..

Selalu dengar ungkapan ini setiap kalau bukak radio dalam kereta, iklan Altel (ok ini free promo yer). Ungkapan ni sebenarnya akan menjadi makna yang berbeza apabila diucapkan dalam tonasi yang berbeza. Dari tonasi tersebut, kita bole tau samada ungkapan tu adalah secara ikhlas, jujur atau pun ada terbit rasa jeles/tak puas hati.

Terdengan bisikan seorang teman yang menyebut, "untunglaaaaa".. bila teman seorang lagi bagitau yang si polan ni skang suami isteri berkereta baru.  Alhamdulilah, jika ungkapan tu terbit dari rasa syukur dan tumpang seronok dengan kejayaan kawan2.  Kadang2 kita ni tak tahu apa yang orang lain lalui sebelum dia berjaya mengecapi apa yang dia ada sekarang.  Segala jerit perit orang tu, hanya dia jer yang tau. So bila dia dapat menikmati sekelumit rasa bahagia, kita sepatutnya tumpang bahagia dengan kejayaan mereka.  Trust me, kalu kita bahagia dengan kejayaan orang lain, aura positif tu akan meresap jugak dalam diri kita.  Tak perlu la ada PHD (perasaan hasad dengki) sebab nanti kita yang akan sakit.

Saya percaya dengan satu benda.  Setiap ucapan atau ungkapan yang keluar dari mulut kita atau orang di sekeliling kita adalah satu doa.  Jadi ucaplah yang baik-baik sebab kata2 itu adalah doa yang akan melantun balik kepada kita.


Saturday 14 February 2015

Throw Back 2014 - Part 2

I'm back.  Tak sampai 2 bulan kan from my throwback Part 1...hahahaa


15 Disember 2014.

Aku di masukkan ke hospital.  Rasa2nya sepanjang hidup aku ni, tak pernah lagi masuk hospital di sebabkan sakit selain sakit nak bersalin.  Tapi kita hanya merancang, Allah s.w.t jua yang menentukannya.  Aku diserang sakit gastrik yang amat sangat.  Dah lama kot tak kena gastrik.  Kali pertama sakit, amik injection dari klinik panel untuk hilangkan rasa sakit, siap siang tu bole pergi shopping kat Ikano.  Kali kedua sakit menyerang dan pergi klinik yang sama untuk ambik injection tapi sayang, sakitnya langsung tak kurang.  Doktor panel terus rujuk aku pada hospital.

Aku mintak dia rujuk aku di KPJ Rawang, sebabnya dekat dengan rumah jadi senang suami dan anak2 nak ulang alik jenguk aku. Dan sebabnya jugak setelah berbelas2 tahun berkhidmat dengan syarikat tempat keja aku ni, barulah pertama kali aku nak menggunakan insuran syarikat untuk tujuan perubatan. Makanya 15/12/14, bermulalah perjalanan hidupku di hospital.

Rupa2nya ada batu dalam pundi hempedu aku. Dan yang buat keadaan lagi teruk, batu tu ada yang dah jatuh ke saluran hempedu dan buatkan saluran tu tersumbat.  Akibatnya aku dapat jaundis.  Aku bayangkan jaundis untuk budak2 kecik baru lahir jer. Doktor kata mata aku dah kuning dan dia tanya urine aku kuning tak.  Aku memang tak perasan pun mata or urin aku bertukar warna.  So doktor decide untuk buang batu yang tersumbat tu sebelum buang batu2 yang ada di pundi hempedu.  Setiap prosedur pasti ada risiko.  Dan untuk pengetahuan pembaca, aku memang dapat risiko tersebut, radang pankries.  Nak tau lebih lanjut apa ke kaedahnya tu, sila lah google.  Tapi yang pasti, sakitnya hanya Allah s.w.t yang tau.  Sepanjang aku bersalin 6 orang anak termasuk seorang yang meninggal dalam perut, tak pernah pun aku di masukkan ke dalam HDU/ICU.  Tapi kali ini aku ditempatkan di situ yang mana hampir setiap jam aku mengerang sakit dan mintak diberi painkiller yang sangat kuat.  Ini ujian untuk aku dan aku harus redha.  Kerana aku tau, Allah s.w.t hanya menguji hambanya dengan dugaan yang mampu ditanggung oleh hambanya itu.  Lama jugak aku kat wad, 26/12/14 baru discaj.

Ada benda sedih berlaku masa aku di hospital.  Batrisyia terpaksa sambut besday dia di hospital. 16 Disember 2014.  Sehari selepas aku dimasukkan wad. Tak dapat pegi mana2 pun.  Cadangnya kami nak pegi bercuti hujung Disember.  Kita hanya mampu merancang, tapi Allah s.w.t jua yang menentukan.



Selamat hari ulangtahun anak ku.  Ibu sentiasa doakan agar kamu jadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidupmu. Aamiin.  Dia happy jer walaupun hanya kek sepotong dan makan McD jer dalam wad.  Sepanjang aku dalam wad, apa yang menggembirakan aku ialah anak2 aku bergilir2 bermalam di wad kecuali Eyman lah kan.  Alhamdulilah syukur Allah, anak2 aku menghargaiku sebagai ibu mereka walaupun hakikatnya aku ni garang.  Tapi garang2 aku pun demi kebaikan dorang jugak, kalau kena marah pasti ada sebabnya.

Seterusnya tanggal 31 Disember 2014.  So ini adalah throw back terakhir 2014.  Hari jadi anak bujang ku no 2.  Eidlan Danial.  Tapi kami tak dapat meraikan sama2 sebabnya dia berada di kolejnya di Banting.  Tapi aku buat kejutan dengan call florist untuk dorang deliver kek, belon dan coklat ke kolej dia..hehehee

 Gigihkan mak dia.. demi anak2. harap2 anak2 pun sanggup gigih jugak untuk aku dan suamiku

Dia hantar gambar, celebrate kek tu dengan kawan2 dia. Kawan2 belanja makan katanya.

Ibu doakan Danial berjaya mencapai cita2 Danial.  Ibu bangga dengan apa yang awak capai sekarang ini.  Nampak perubahan dan peningkatan dalam diri awak.  Tak sia2 doa ibu selama ini.

Rasanya hanya ni jer lah kot throwback 2014.  Kalau ada yang lain pun maybe cuma yang kecik2 jer so tak yah la masuk blog kan.

2015.. akan ku cuba meluangkan lebih masa untuk blog ku ini.. Mudah2an..


Thursday 12 February 2015

Throw Back 2014 - Part 1

Dah masuk bulan kedua 2015.  Dah lama rupanya blog ku ni tak dijengah.  Bersarang dah kot. Banyak faktor yang membataskan aku untuk menulis.  Kalau ada kesempatan, mungkin aku akan bercerita di sini.

Kali ini kita pergi ke throw back yang pertama.  Bulan November 2014.

9 November 2014.  Dua perkara berlaku pada tarikh ini.

Yang pertama, hari konvokesyen anak sulungku Ezmir Danial.  Alhamdulilah, berkat usaha dia akhirnya dapat juga dia menerima sekalung ijazah.  Tahniah anak ku.


Kapsyen di atas ditulis oleh salah seorang sahabatku dalam Group 69. Terima kasih Man.

 Proud parents

Event kedua adalah majlis resepsi perkahwinan, anak kakak ku, Akmal Azam dan pasangannya Sue.  Boleh pulak jatuh hari yang sama kan.. nak buat macam mana.. Maksu doakan perkahwinan kamu berdua bahagia dan kekal hingga ke jannah.

 Comel kan dua2 pengantin ni..

Seterusnya, 19 November 2014.  Hari penyampaian hadiah untuk Sekolah Rendah Taman Tun Teja, sekolah anak daraku Dania Nadhilah Batrisyia.  Sebenarnya aku tak berapa gemar nak kongsi gambar2 amik hadiah atau anugerah ini. Sebab tu aku memang tak kongsi dalam media sosial. Sebabnya sedikit sebanyak ianya akan menguris hati ibu bapa yang lain.  Aku tau rasa itu. Bila tengok orang lain berlumba2 upload gambar kejayaan anak2 dalam FB, IG.  Aku tau niat mereka baik, sekadar nak berkongsi rasa gembira atas kejayaan anak2.  Tapi bila anak2 kita tak dapat menerima anugerah2 tu, pasti ianya akan terkesan jugak di hati.  Tapi lama2 rasa tu dah hilang sebab aku tau, sekiranya anak2 tak menyerlah zaman persekolahan tak semestinya jugak dia tak kan menyerlah di bidang lain.  Doa aku agar semua anak2 aku berjaya dalam hidup mereka dan tidak melupakan Allah s.w.t dalam apa jua keadaan.

Atas desakan Batrisyia, sebab dia kata kalau dalam blog ibu oklah share sebab tak de orang baca pun, paling2 yang baca kita dan ibu jerr (err... rasa2 nak sentap tak dengar statement tu!!!).  So kat sini kita layan gambar2 ni yer...



 nampak aku comel lak dalam gambar ini..ehehehe

Tahniah, anak ku.  Ibu sentiasa mendoakan kejayaan untuk semua anak2 ibu

Beralih lak kita ke tarikh 24 November 2014.  Anak no 3 ku, Dania Umairah masuk hospital. Appendik.  Isnin petang masa aku masih dipejabat tu aku dapat call dari rumah, katanya sakit perut yang amat.  Tak de siapa kat rumah dia sorang2.   Aku telepon anak buah ku yang doktor tu n mintak dia call Umairah.  Bila dia call aku balik katanya based from his conversation dengan umairah, nampak gaya macam Umairah ada appendik sebabnya dia tak bole angkat kaki belah kanan, sakit yang amat.  Aku terus balik rumah dan en somi pun sama bergegas balik.  Malam tu kami check in di Hospital UITM Sg Buloh.

Doktor Akmal sedang check

Esoknya, prosedur terus dijalankan.  Aku yang terlebih berdebar.  Mudah2an dipermudahkan segala2nya.

 Bersedia ke bilik operasi.. dup dap..dup dap


  Inilah benda yang dikeluarkan tu..yang dipanggil appendics...eee

Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar.  Terima kasih pada doktor dan misi2 yang terlibat. 

Nampak tak muka dah happy sebab dah tak sakit.  So dah boleh discaj. Alhamdulilah..

 Oklah, selesai throwback part 1.  Part 2??? hehehehe lagi 2 bulan kot..hahahaha.. tungguuuuuuuuu