Friday 22 August 2014

Pertemuan selepas 28 tahun

Aku bukan jenis yang suka nak join group2 whatapps sekolah ni. Reason?  Tak larat kot nak dengar bunyit toot toot toot setiap kali message masuk.  Tapi bila kawan aku Ana @ Zuraina approach, tiba2 terbukak pula hati nak join. Reason? Cuma kelompok yang kecil dimana hanya rakan sekelas Tingkatan 5 aliran perdagangan iaitu 5 Petroleum dan sedikit dari 5 Timah sahaja yang join.  Bermula dari situ, ramai kenalan2 yang dah lama terpisah ditemui semula.  Gambar2 lama zaman sekolah yang dihantar mengusik nostalgia lama. Hahahaha.. bila diingat2 semula memang kelakar kot.

Tanggal 10 Ogos 2014, merealisasikan impian kami untuk berjumpa selepas 28 tahun terpisah.  Cadangan nya bermula jam 10am berkumpul di Sekolah Menengah Gombak Setia dan seterusnya ke rumah anie, diikuti rumah Cikgu Juariah dan seterusnya masing2 buat haluan sendiri sebab terikat dengan urusan peribadi.  Aku mengambil keputusan untuk terus ke rumah Anie. Taulah budak2 ni kalu bersiap, tak bole nak berjanji ngan orang takut nanti terlewat.  En Suami tak ikut sebab ada event yang perlu dicover.

Aku sampai  lebih kurang jam 11.00 am di rumah Anie.  Walaupun bukan semua yang join konvoi Raya kali ini, tapi sedikit sebanyak dapat jugak melepas rindu pada kawan2 yang hadir.

Sheda, Anie, Mashitah, Norihan, Noi, Siti Zaleha, Azman, Raja Faizal, Othman, Hanafi, Azahari, Roslan antara yang hadir bersama keluarga masing2 pada hari tersebut.  Kegembiraan bertemu semula amat sukar di ungkap dengan kata-kata.  Walaupun masing2 sudah berubah dari segi fizikal (obviously hehehe) tapi kenangan zaman sekolah masih segar dalam ingatan.  Kesudian Cikgu Juariah untuk mengajak kami ke rumah beliau sangat dihargai.  Cikgu sanggup tempah katering.  Nasi tomato n lauk pauk amat menyelerakan.  Selepas rumah Cikgu, bagi yang tiada apa2 program lain, kami teruskan perjalanan ke rumah Noi.

Ku tinggalkan seketika catatan ini bagi memberi laluan kepada gambar2 ini untuk berbicara :






























Thank you pada En Hanafi selaku Admin bagi group whatapps ini.  Moga2 ikatan persahabatan ini akan kekal hinggah ke Jannah.  Amin.. N mana tau ada dikalangan kami nanti berbesan pulak..ahahahahaha..



MH 17 DALAM KENANGAN

17 Julai 2014, mencatat satu lagi sejarah dalam negara kita.  Pesawat Malaysia Airlines MH 17 ditembak jatuh di Ukraine.  Seluruh negara terkesima kerana tragedi MH370 jugak masih belum ada penghujungnya. Walaupun di dalam pesawat tersebut tiada seorang pun yang kita kenal, bukan saudara atau keluarga kita bukan juga rakan taulan kita tapi dek kerana rasa perikemanusiaan yang ada, dukanya amat dirasai.

Dan hari ini, 22 Ogos 2014, 20 jenazah mangsa MH 17 di bawa pulang ke Malaysia untuk disemadikan mengikut kepercayaan masing-masing.  Suasana pilu menyelubungi Kompleks Bunga Raya di KLIA ketika ini.  Dan kita digalakkan bertafakur selama seminit bagi menghormati kepulangan jenazah-jenazah ini.

Dari Allah s.w.t kita datang dan kepada Dia jua kita kembali.  Al-Fatihah.