Monday 21 September 2015

FACEBOOK TIDAK MENGGAMBARKAN KEHIDUPAN SEBENAR SESEORANG

Tertarik dengan 1 artikel dari FB En Izzhar Nazri.  Tajuknya ialah "facebook tidak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang".  Melalui penulisan tersebut, beliau mengatakan bahawa apa yang seseorang itu kongsi di wall masing2 samada makan di restoran mewah, bercuti di luar negara adalah tidak memberi gambaran sebenar kehidupan individu tersebut.

Betul la tu. Sejak kebelakangan ini, kalau ada yang perasan aku memang tidak secara terang-terangan berkongsi cerita aku di media sosial contohnya seperti percutian keluarga.  Aku lebih suka letak di blog sebab aku tau blog aku tak ramai pembaca.  Bila tak ramai yang baca, so tak ramai la tau aktiviti aku kan.  Sejak usia dah semakin meningkat ini, aku selalu terfikir bahawa kadang2 niat kita berkongsi gambar atau cerita di media sosial mungkin akan disalah ertikan oleh orang lain. Yang lebih tak bestnya, mungkin kita akan buat orang lain rasa rendah diri dan terpinggir sebab tidak berpeluang merasai apa yang kita rasai.

Di sini aku " copy paste" kan coretan En Izzhar Nazri, semoga ianya menjadi panduan dan pedoman buat kita semua termasuk diri aku sendiri.  Harap En Izzhar tak keberatan dengan perkongsian ini. Terima kasih kepada beliau.

======================================================

[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]
Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
.
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
.
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
.
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!
Izzhar Nazri.
Pelajar Tahun Akhir,
Ijazah Sarjana Muda Psikologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
.

No comments:

Post a Comment