Wednesday 19 November 2014

It's all about teamwork

Sebuah video yang sangat bagus untuk dikongsi... semoga menjadi motivasi pada kita semua.


Friday 31 October 2014

Oktober 2014

Hari ini, 31 Oktober 2014, hari terakhir dalam bulan Oktober.  Terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan ini. Biar ku kongsi satu persatu.

Bermula pada tanggal 2/10/14 bersamaan hari Khamis.  Hari aku dilahirkan kedunia ini.  Alhamdulilah, syukur atas nikmat Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara di dunia ini.  Tahun ni genap usia ku 45 tahun.  Lagi 5 tahun cukup untuk aku punya sebab mengeluarkan separuh dari duit EPF.. hahahahaha..Sambutan harijadi yang dihostkan oleh en somi, buat aku benar2 terharu.  Terima kasih abang..
Suapan dari cik abang. Macam makan pengantin lak



Hadiah dari anak2. Paknya xde pung





My peberet kek..red velvet

Seterusnya, 17/10/14 @ Jumaat.  Ini hari ulangtahun perkahwinan ku yang ke 23 tahun.  Lagi 2 tahun menuju ke jubli Perak.  Syukur kepada Allah s.w.t kerana kami masih diberi peluang untuk sama2 meneruskan kehidupan ini sebagai suami dan isteri.  Sesungguhnya kasih sayang ku kepada nya tidak pernah luntur dari sejak zaman bercinta dulu.  Aku amik kesempatan pada hari ini untuk mengambil cuti dan keluar berdua2an ngan en somi.  Bukan pergi mana pun tapi pergi makan2 dan pergi ke satu tempat, katanya untuk membeli hadiah harijadiku yang tertunggak.  Apa kah dia?  Tu kena tunggu hingga ke hujung rancangan yer.  Kami dinner ber2 di TGI Friday. Malangnya lupa amik gambar sebab lapar sangat. Gelojoh kan..??

18/10/14 bersamaan hari Sabtu.  Hari Sukan dan Makan Malam Tahunan tempat aku bekerja.  Seawal pukul 5.45 pagi aku dah terpacak di stesen Petronas Taman Sri Gombak sebabnya nak menumpang kawan.  Venue untuk kedua2 acara ini adalah di Melaka u olls.  Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi diikuti dengan ucapan dari big boss dan seterusnya senamrobik.  Sukan yang dipertandingkan kali ini agak unik sebab ianya adalah sukan rakyat seperti galah panjang, lompat getah, bola beracun, baling tin, terompah gergasi dan macam2 lagi.  So aku masuk bola beracun saje, bagilah peluang kat orang2 lain lak nak main kan. Kalau semua aku ambil bahagian, kesian lak staff lain (kononnya). Dah penat berjimba2 di Stadium Hang Jebat maka kami semua balik ke hotel di Bayou Lagoon Resort untuk check in.  Malam nanti, dinner kami pun disini jugak.  Sementara menunggu, sempat la membuta sejam, dua...maklum penat bersukan katanyaaa..



Senamrobik


Acara untuk big2 boss




Galah panjang


Lompat getah

Seterusnya malam tu kami berdinner pulak.  Tema pada tahun ini ialah Masquerade Nite.  Hambik ko!!!! Nak tak nak kena gak lah pakai topeng kan.  So rasanya tak perlu la cakap banyak2 biar gambar yang berbicara.  Opss tak yah tanya2, memang confirm tak dapat apa2 pun lucky draw, okeh!!!!
Macam mana? Ok tak?

Ni adiah bukan saya yang punya



Dengan boss yang baru dapat title Datuk

Its cost me RM18 for tis topeng huhu




Fefeeling anzalna bila pakai baju zawara la konon


Peristiwa seterusnya di bulan Oktober ialah 1 Muharam 1436 jatuh pada 25 Oktober 2014, hari Sabtu.  Sayang, aku tak dapat berpuasa pada hari tersebut kerana keadaan tidak mengizinkan.  Apa azam aku tahun ni? Nak kurang gedik kot bila bergambar.  Umur pun dah lanjut kan, sedar2 lah diri.

31 Oktober 2014.  Dua benda berlaku pada tarikh ini.

Pertama, anak buah ku Akmal Azam melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya Shuzaili.  Doakan ku agar kedua2nya dipanjangkan jodoh hingga ke Jannah.  Moga kalian berdua tabah menghadapi dugaan berumahtangga dan dikurniakan cahayamata yang comel2. Next event belah lelaki pada 9/11/14.




Yang kedua, ingat apa yang terjadi 17/10/14 yang lalu?  En somi kata nak bagi hadiah sempena harijadi. Ker sekali anniversary la kot. Tak kisahlah kan. Nak tau apa bendanya? Sila scroll...



Jeng..

jeng..

jengg..

jengg

jengg







Nampak tak no tu, 17 Oktober my wedding anniversary.. hahahahaah tak yah la nak teruja sangat.  En somi bayar down payment jer.  Monthly, ko pandai2 lah cari duit nak bayar ye.  Walaupun dah ada yang baru, en unzer n en viva masih di hati ku ini.  Mereka sama2 berada di saat aku memerlukannya.  en unzer keta family, senang nak hangkut barang banyak kalu jalan jauh. en viva cadangnya untuk ezmir bila dia nak keja nanti. 

Nampaknya dah abis bulan Oktober dan bulan November bakal menjengah dan nampaknya semakin hampir ke hujung tahun 2014.  Aku harap bulan2 dan tahun2 yang mendatang ini akan menjadi lebih bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Sesungguhnya kami amat berterima kasih kepada Allah s.w.t dan syukur atas nikmat yang diberi olehNya.  Semoga aku tidak alpa dengan segala nikmat yang diberi. Aamiin....

Friday 22 August 2014

Pertemuan selepas 28 tahun

Aku bukan jenis yang suka nak join group2 whatapps sekolah ni. Reason?  Tak larat kot nak dengar bunyit toot toot toot setiap kali message masuk.  Tapi bila kawan aku Ana @ Zuraina approach, tiba2 terbukak pula hati nak join. Reason? Cuma kelompok yang kecil dimana hanya rakan sekelas Tingkatan 5 aliran perdagangan iaitu 5 Petroleum dan sedikit dari 5 Timah sahaja yang join.  Bermula dari situ, ramai kenalan2 yang dah lama terpisah ditemui semula.  Gambar2 lama zaman sekolah yang dihantar mengusik nostalgia lama. Hahahaha.. bila diingat2 semula memang kelakar kot.

Tanggal 10 Ogos 2014, merealisasikan impian kami untuk berjumpa selepas 28 tahun terpisah.  Cadangan nya bermula jam 10am berkumpul di Sekolah Menengah Gombak Setia dan seterusnya ke rumah anie, diikuti rumah Cikgu Juariah dan seterusnya masing2 buat haluan sendiri sebab terikat dengan urusan peribadi.  Aku mengambil keputusan untuk terus ke rumah Anie. Taulah budak2 ni kalu bersiap, tak bole nak berjanji ngan orang takut nanti terlewat.  En Suami tak ikut sebab ada event yang perlu dicover.

Aku sampai  lebih kurang jam 11.00 am di rumah Anie.  Walaupun bukan semua yang join konvoi Raya kali ini, tapi sedikit sebanyak dapat jugak melepas rindu pada kawan2 yang hadir.

Sheda, Anie, Mashitah, Norihan, Noi, Siti Zaleha, Azman, Raja Faizal, Othman, Hanafi, Azahari, Roslan antara yang hadir bersama keluarga masing2 pada hari tersebut.  Kegembiraan bertemu semula amat sukar di ungkap dengan kata-kata.  Walaupun masing2 sudah berubah dari segi fizikal (obviously hehehe) tapi kenangan zaman sekolah masih segar dalam ingatan.  Kesudian Cikgu Juariah untuk mengajak kami ke rumah beliau sangat dihargai.  Cikgu sanggup tempah katering.  Nasi tomato n lauk pauk amat menyelerakan.  Selepas rumah Cikgu, bagi yang tiada apa2 program lain, kami teruskan perjalanan ke rumah Noi.

Ku tinggalkan seketika catatan ini bagi memberi laluan kepada gambar2 ini untuk berbicara :






























Thank you pada En Hanafi selaku Admin bagi group whatapps ini.  Moga2 ikatan persahabatan ini akan kekal hinggah ke Jannah.  Amin.. N mana tau ada dikalangan kami nanti berbesan pulak..ahahahahaha..