Wednesday 26 February 2014

Nostalgia mengamit memori

Aicehhh tajuk tak bole nak blah kan...Bukan tajuk Akasia yer..heehehe

Aku tau pasti ramai yang simpan banyak kenangan masa dahulu.  Tak kisahlah kenangan pahit ker, manis ker, tawar ker, masin ker.  Yang pasti setiap dari kita pasti ada kenangan.  Kali ini aku nak bawak korang semua menyorot kenangan zaman sekolah aku dulu-dulu.  Apa yang aku jumpa siang tadi benar-benar mengamit memori silam...jeng..jeng..jeng



Haaaa.. inilah yang aku jumpa siang tadi masa lunch.  Dekat gerai2 belakang giant lama di Kelana Jaya.  Korang penah ke makan?  Kalau tak penah tu maknanya usia korang ni tak lah lanjut macam usia aku...hahahahah...Aku masih ingat lagi masa kecik-kecik dulu, sengkuang calit ni heaven sangat.  Tapi rasanya dulu-dulu tak la pulak digelar sengkuang calit.  Panggil sengkuang jer. Tapi sekarang dah di komersial, siap francais tau. 

Aku tanya kakak yang jual tu macam mana dia potong sengkuang tu bole sama saiz jerrr.  Dia kata guna pisau bukan mesin tau.  N semua tu dia amik dari pengedar yang francaiskan biznes di Puchong.  Harga sepotong RM2, sah-sah time aku dulu bape sen jer kan.  Bole pilih nak original or spicy..kelasss macam KFC lak.  Kakak tu tanya, nak potong kecik-kecik ker?  Hisshhh.. tak nak lah, dah kata nak mengimbau kenangan lama, so kenalah makan yang potongan sebesar tapak tangan tu.  Cuma kali ini, makan tak comot compare to zaman sekolah dulu.

Orang muka happy dapat makan sengkuang

 Najwa menikmati dengan penuh selera

Aku try yang spicy yang dia tambah mcam campuran kicap, gula n cili kot.  Tapi tak bape nak kick.  So aku beli lagi satu yang original untuk bawak ke ofis.  Tak sempat petang, kul 2 lebih aku dah habiskan..huhuhu.

Tiba-tiba terpikir, apa kata aku bukak francais ni depan umah suh budak-budak tu jaga.  Rumah aku depan padang, petang-petang memang ramai yang beriadah kat sana.  Tapi silap-silap kang bukan habis dijual, tapi habis di makan dek budak-budak tu..hahahahahaha

Monday 24 February 2014

Air Asia...tempat duduk percuma

Dia datang lagi..kali ini waktu tempahan bermula dari 24 Februari 2014 - 2 Mac 2014.  Dan tempoh penerbangan bermula 1 Oktober 2014 - 30 April 2015.  Wowwww ....hebat tu.  So tunggu apa lagi???  Layari http://www.airasia.com/my/ms/home.page untuk keterangan lanjut... Hepi holiday u olls...

Sunday 23 February 2014

Sham on TV..yeayy

Hari yang ditunggu2 ..22 Feb 14. Sham on TV..hahahah kecoh kan??? We all siap2 pakat pot luck ke umah along. Nak kumpul ramai2 sama2 tgk FF 2nd episod but 1st episod for team B.

Setiap kali perkumpulan wajib ada makan2. Ni baru show 1 hr dh cenggini kalu show lg lama tak tau macam mana rupanya..










Tu food nya..ada kfc, otak2, piza n pavlova. Meh tengok al jamaahnya plak..tp ada yg tiada dlm gambar jugak ye.







Sham n wife siap pakai tshirt fear factor lagi..very the supportive each other.. By 9pm semua aktiviti makan dihentikan. Semua mengadap TV.



1st game sham buat. From 12 flag dia dapat 10 flag. Zain kata tak sangka partner dia macam superman hahahahaha. 2nd challenge sham kena makan lidah kambing yakksss..team dia dpt immuniti tapi tak dapat beat team bambang yang menang RM10k.  3rd challenge team sham tak perlu cari duit emas dalam tahi gajah sebab dorang ada immuniti.  For this episod, tiada penyingkiran.

B4 this episod on air, aku ada tengok rancangan Meletop.  Dorang ada invite shuib n aaron.  According to aaron, FF kali ni pun ada drama. Kalau dulu si gambit buat orang menyampah agak2 kali ni sape lak agaknya?? Tapi knowing my nephew, aku takut orang yang aaron kata tu is him ..huhu..alamak!!!!

So next week team A pulak on air, the other week barulah team B.  By that time, rasa2 meja makan tu penuh tak???













Sunday 16 February 2014

Alah bisa tegal biasa

Peribahasa di atas membawa maksud "Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya".  Apa yang membuatkan aku nak ceritakan pengalaman aku ini ialah kerana one of my fren di ofis tanya aku kenapa aku tak tulis pasal rutin harian aku dalam blog.  So I ask her, why shud I?  Dan ini jawapan dia:

because in a way u inspired me.. cuma beza saya takde anak n laki nak kena jaga
tapi semangat nak bgn pagi tu ada la, lately ni mcm ok sikit, senang bgn awal
rasa mcm ur time is fully used, tak membazir masa
i like, mcm best la, teratur susunannya


I'm inspired people??? Biar benar!!!!! Cam tak caya jer.  Kadang2 tu saje suka kongsi ceta, especially bab2 masak sebab aku memang suka dengar orang tu masak apa, maklumlah aku ni kan pemakan..ahhahahaha or Cik Wok??..whatever!!!

Berbalik kepada kisahku, sejak tahun 2000, aku telah menggaji seorang pembantu rumah.  Sebab utamanya ialah kerana ingin menjaga ibuku (kini telah arwah - Al-fatihah) yang uzur ketika itu.  Pada masa tu, aku mempunyai 3 orang anak berusia lingkungan 8, 4 dan baby yang baru lahir.  Sepanjang tempoh tu sehingga tahun 2008 aku mempunyai lebih kurang 5 maid yang bertukar ganti cuma yang ke 5 tu adalah maid yang 1st aku ambik masa tahun 2000.  Berhenti sebab nak kawin, nak balik mak sakit n lari malam pun ada.  Tapi ini bukan kisah maid yang aku nak ceritakan.

Masa maid terakhir aku tu lari malam, suami aku dah nekad tak mau lagi pakai maid. Sebabnya dah fed up ngan perangai sorang2.  Dan kebetulan jugak masa tu anak pun dah besar2, masa tu aku ada 4 anak yang kecik umur 4 tahun. Dalam masa yang sama jugak suami aku dah amik keputusan untuk amik VSS dari syarikat yang dia bekerja dan memulakan perniagaan sendiri.  Maka di sini ceritanya bermula.

Selama lebih kurang 8 tahun hidup aku dibantu oleh seorang maid, bayangkan dalam sekelip mata tiba-tiba maid tu dah tak ada.  Memang lain macam rasanya.  Selama ada maid, tugasan memasak memang aku buat sendiri, tapi urusan2 lain macam mengemas, gosok baju dan lain-lain diuruskan oleh maid.  Aku memang terasa sangat-sangat ketika itu.  Tapi kehidupan harus diteruskan, tak kan nak menangis kot!!!!  Pada tahun 2010, aku melahirkan seorang lagi anak diusia awal 40 an.  Tak sangka sebenarnya akan ada anak lagi, tapi sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t.  Alhamdulilah.

Anak dah 5, kerja rumah bertambah, walaupun yang lain-lain tu dah besar.  Aku ada 3 boys and 2 girls.  1st and 2nd, lelaki.  3rd and 4th perempuan and last is lelaki.  In between aku ada pregnant gak tapi tak dapat diselamatkan, meninggal dalam perut. Mungkin cerita ini aku akan kongsi di lain entry, Insya Allah .

Rutin hidup aku bermula seawal jam 5 pagi setiap hari bekerja (dulu2 isnin hingga sabtu but nowadays sabtu dah tak keja).  Tapi kadang2 tu ada gak terlajak 10-15 minit.  Tapi kalu terlajak sampai 1/2 jam nanti aku akan tak cukup tanah berlari..hahahahaha.  Tugas pertama aku turun kebawah bersiap2 untuk masak, breakfast and lunch.  Since suami aku working from home and anak2 semua balik rumah lepas sekolah so aku perlu masak untuk dorang.  Tapi anak2 dan suami pagi2 memang dorang tak makan berat, aku jer yang kalu boleh pagi, petang, siang, malam melantak nasi...eehehehee.. So menu breakfast ringkas2 jer seperti nugget, cekodok, lempeng, cereal or kalau ada nasi semalam lebih ku buatkan la nasi goreng. 

Untuk lunch aku masak sekali dengan dinner.  Nasi tu masak dalam rice cooker sekali 5 pot sampai ke malam, on jer suis nya.  Lauk utama memang masak pagi, cuma kalu time dinner nanti tambahlah kot2 nak ikan goreng or telur.  Selalunya aku masak 2 jenis lauk.  Selesai tugasan memasak, aku akan sidai kain.  Baju dah memang siap2 basuh malam sebelumnya.  Anak2 amik giliran membasuh.  Ala bukan susahpun, masuk mesin jer kan, cuma baju sekolah perlu direndam dulu dan disental sebelum masuk mesin.  By 6.30 pagi aku perlu naik ke atas, buat susu untuk anak bongsuku yang masih nyenyak tido tapi bila suapkan botol susu, tau lak dia menganga minum.  

Aku akan terus pergi mandi dan bersiap2 untuk solat dan pergi kerja.  Sambil2 tu, suara aku memang loudspeaker la mengejut semua penghuni rumah tu bangun mandi, solat..Tak yah susah2 pakai mic, very loud and clear.  Dah siap2 terus turun bawah, kalu sempat capai breakfast, ku suap lah sikit dalam mulut. Kadang2 tak lalu makan masakan sendiri hehehehe...

Jam 7.10am aku kena keluar rumah, antar Eyman ke bbsitter.  Walaupun suami bekerja sendiri, tapi Eyman perlu dihantar ke bbsitter sebabnya dia banyak buat editing work, so kerja dia tu memerlukan konsentrasi yang tinggi.  Kang silap, susah pulak kan.  Lepas bye2 Eyman, terus chao amik penumpang2 ku..kawan sekerja yang sama2 kongsi kereta ke pejabat.

For info, aku ni tinggal di Rawang dan bekerja di Kelana Jaya.  Selalunya tempoh perjalanan ke tempat kerja antara 45 min ke 1 jam.  Tapi kalau traffic teruk alamatnya sampai 1 jam lebih, one way saja yer.  Korang bayangkan pergi balik!!  Selalu aku sampai umah dalam kul 7 lebih.  Sampai jer tak de nya nak Akasia2 sangat (thanks to my PVR-rekod n tengok kemudian) terus je ke dapur.  Kemas apa yang patut, panaskan lauk pauk, kalu perlu ditambah, tambah apa yang patut n hidangkan.  Kalu Isya' masuk lewat we all dinner dulu, kalau tak kena kejar Maghrib baru lah dinner.

Dah selesai semua tu, makan, mandi, solat, barulah boleh berjimba2 dalam erti kata lain berjimba tapi still buat kerja. Sambil2 tengok rancangan yang dah di PVR kan tu, tangan masih lagi melipat kain or melayan anak yang nak buat homework or si kecik yang mintak perhatian.  Udahnya aku masuk tido dalam kul 11 keatas.

Itu rutin aku.  Seawal 5 am dan selewat 12 pm.  Itu tak ceta lagi keadaan kat ofis, dengan meeting, dengan nak deal ngan orang, boss.  Time weekend lak sibuk ngan ironing baju2 sekolah, bayangkan bape orang anak kan? Sekolah agama, sekolah kebangsaan. Udahnya baju sendiri tak bergosok pegi kerja..heehheeh Hectic???  Teramat!!!!  Tapi berbalik pada asalnya tadi, alah bisa tegal biasa..maka Insya Allah akan dipermudahkan olehNya.  Sesibuk mana pun aku, aku cuba untuk mengimbangi antara kehidupan peribadi dan worklife.  Tapi tak dinafikan kadang2 tu memang stress akan wujud dalam diri ini.  Alhamdulilah setakat ini aku masih mampu menjaga displin di pejabat.  Datang tepat atau sebelum waktu bekerja walaupun tak boleh lah awal sangat, sebab aku ada tanggungjawab yang perlu diberes sebelum ke pejabat. Tapi ada jugak sekali2 terlewat sebab traffic not so kind to me huhuhu.. So aku selalu bagitau anak2 aku, tiada sebarang sebab untuk dorang tidak menepati masa. Kalau aku yang dah umur 40 lebih ni, masih boleh ke sana kesini dengan rutin yang havoc tu kenapa dorang tak boleh.  Kalau dorang penat balik sekolah, maka aku pun penat jugak.  So masing2 kena paham tanggungjawab masing2 maka barulah kehidupan kita akan menjadi lebih tersusun dan sempurna.  Discipline is a key pillar to success. So must remember that! (peringatan untuk diri sendiri).

Aku benar-benar berharap aku mampu untuk mengimbangi kedua2nya.  Mampukah aku???

   
 gambar ihsan En Google





Thursday 13 February 2014

FEAR FACTOR MALAYSIA MUSIM KE 2

Aku memang peminat tegar rancangan ni. Sebab rancangan ini lah aku  tak suka Gambit dan aku jatuh hati ngan Ajak Shiro.  Bila kita dalam keadaan susah atau tertekan, "true colour" kita akan terserlah.  Sorok macam mana pun, dia pasti akan terkeluar jugak.  Dan ini yang terjadi dalam musim pertama Fear Factor yang lalu.  Macam mana Ajak handle Elfira yang dah lah kecik size badannya, perempuan lak tu. Nampak kemachoan dan kesabaran Ajak. Dan macam mana rupa Gambit bila tak puas hati, semua nya terjawab.

Tapi Musim ke 2 ini yang buat aku lebih teruja sebabnya anak buah aku dapat masuk rancangan tu.  Gempak kot dari beribu-ribu penyertaan, bole pulak dia terpilih kan.  Pengalaman masa dia nak hantar video klip ke Astro, memang tak boleh dilupakan.  Shooting tu di buat di rumah aku. Dan yang tukang shootnya haruslah paksu nya, from Hishamvideographer (bole contact I yer kalu nak buat event apa-apa..hehehe promo skit).  Durasi video tak lah lama mana, tapi proses shoot nya buat aku malas nak layan. Berapa kali cut, sambung balik, fed up pun ada.  Aku dah awal-awal naik tidur dan tak sedar pukul berapa dorang balik.  Wife dia pun according to my husband, siap tertido kat sofa lagi, kesian.  Dalam kul 2 pagi kot baru abis shoot.

Anak buah aku ni doktor and dia memang perfectionist.  Seawal usia muda lagi, dia sentiasa konsisten dalam pelajaran dia.  Aktiviti sukan pun sama. Aku tak kan dapat lupa sampai bila-bila waktu selamatkan dia dari lemas. Masa tu umur dia dalam 2 tahun kot.  Dia lemas dalam bilik air kat rumah and aku yang jumpa.  Masa jiran sebelah bawak kakak aku n dia ke hospital, aku menangis tak tau nak cakap la sampai jiran tegur suh aku banyak2 berdoa.  Alhamdulilah dia dapat diselamatkan. Dan inilah orangnya DOKTOR AKMAL HISHAM BIN MISWAN dan pasangannya Zain Saidin..ala suami cik ta tu.


Dalam video klip yang nak kena submit ke Astro tu, one of requirement ialah kena pilih siapa pasangan yang dipilih dan mengapa.  Memang Zain not in the list langsung.  Dia pilih either Shuib, Bambang orTanuja.  Tapi Zain yang pilih dia kot hahaahaha.. I dun know, pilihan dibuat oleh Astro or selebriti sendiri. Dan untuk pengetahuan, Cape Town ni tempat dia g honeymoon ngan wife dia jugak.  Tu yang teruja kot nak masuk FF. heehehehe.

Ceta profile pun ada jugak.  PC untuk introduce semua peserta di buat pada 11/2/14.  So by next day, 12/2/14, diaorang dah update dalam website FF.  Aku orang pertama yang dapat capture gambar Sham bukan Sham sebenarnya.  Profile dia betul with his correct name and profession except for the photo.  Aiseh...So biasalah, bz body the next day tu, 12/2/14 aku komen kt FB FF dan call Astro.  Jenuh gak dorang pass line nak cari sape yang incharge.  Last2 aku tinggal my nos. n name so dorang janji nak call balik.  So petang tu, one lady called me by the name of G.G.  So i explained to her about the things..bla..bla..bla n she promised to fixed the problem.  Lewat petang tu dapat whatapps dari Sham kata yang gambar dah tukar tapi profile lak salah..adoiiiii... Macam mana la dorang ni buat kerja. Bukan ke sepatutnya, before u post anything kena check dulu. Especially media kan, sure la ada editor lah check kena proof read lah. Being a bz body achik again, I called Astro early in the morning on 13/2/14. Hahahaha..ofis tak bukak lagi.  Dorang start kul 9am.  Berkali2 aku call asyik tak dapat jer cakap ngan person in charge.  Meantime aku dah awal2 komen kat FB.  Tup2 dalam tengahari check lagi sekali dlm website, dah tukar. Terasa kot ayat yang aku komen dalam FB tu.  Nasiblah kan...

So untuk peminat Fear Factor, nantikan kemunculan episod 1 yang akan bersiaran mulai 15/2/14, setiap hari Sabtu dan Ahad.  Dorang ni terdiri dari 2 team, A and B.  Hisham in team B, so bila dia akan muncul, im not sure the exact date.  Tengok jerlah dari mula, tak rugi pun kan.

Bawah ini gambar-gambar sekitar PC aritu.  Semua gambar kredit to www.astrogempak.com.my

 Psstt.. kita dah tau sape yang menang.. tp secretlah weiiii....aahhaahhaahha.



16 Pasangan Finalis Fear Factor Malaysia



























Saturday 8 February 2014

Sebulan sudah....

Hari ini, 8 Februari 2014, genap sebulan sudah usia blogku ini.

Tapi sampai ke hari ini, aku masih belum war2kan pada rakan2 terdekat berkenaan blog ini. Hanya keluarga terdekat saja yang tau.  

Perlu ke aku hebahkan akan kewujudan blog ni? Berminat ke dorang nak baca? Haisshhh..

Dan hari ini jugak aku "raya". Raya setelah selamat menqada puasa ku selama 20 hari.  Banyak kan? Nak buat macam mana dah 2 kali terkena. Sebenarnya belas2 jer tapi saja ku genapkan 20 hari.  Senang ceta.  So mulai hari ini jugak ku tanamkan azam (azam lagik???) untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis secara konsisten.  Konsisten, itu perkataanya. Sebab sebelum ini puasa jugak, tapi kadang2 ada yang tuang, tuang yang sengaja bukan sebab keadaan tidak mengizinkan.

Mudah2an urusan ku dan niat baik ku ini dipermudahkan olehNya...Amin..

Sunday 2 February 2014

1st visit to "hairstylist"

Tajuk macam gempak kan? Tapi sebenarnya pergi kedai mamak je @ macha. 

Ni eyman punya 1st visit. Anak2ku semua dilahirkan dengan rambut yang nipis2. So selalunya lepas cukur botak, agak lambat nak panjang rambutnya. Tapi bila dah besar mencacak2 lak lebatnya.

So masa cuti CNY lepas, kami decided bawak dia pegi gunting rambut. Ayat pertama yang kluar dari mulut dia bila dibgtau kata nak bawak dia gunting rambut ialah "takutla ibu. Eyman takut darah". Apa relevannya darah n gunting rambut tak taulah.

Mula2 masuk kedai, mulut dialah yang bising. Ada 3 org yang tunggu turn so dia orang ke 4. Jenuh gaklah menunggu. Time turn dia, dah nak nangis tapi pandai control. Tapi nasib dia tak meronta2 walaupun muka cuak yang amat!!!






Gabra kan muka? Tapi control macho. Sebab semua dalam kedai tu dok tengok dia.

Part yang paling best, ada lak picit2 kepala..adoii nikmat tu bagi hilang stress!!!



Dia bole duk diam je orang duk picit kepala dia. Syok agaknya. Hilang migrain hahhahaha.  

Di akhir rancangan, inilah hasilnya...tadaa..


Encem tak??? :)