Tuesday 25 March 2014

Beginikah pengakhirannya?

24 March 2014 jam 10.00 pm, satu sidang media telah di adakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan PWTC.  Selepas 17 hari, menunggu dengan penuh debaran, mengharapkan satu keajaiban berlaku, tetapi pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri benar2 meruntun jiwa bukan sahaja ahli keluarga mangsa malah seluruh rakyat Malaysia dan seluruh warga dunia juga.  Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dikhabarkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Tatkala mendengar berita tersebut, perasaan sebak tak dapat dibendung.  Sedangkan kita yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah kepada mangsa begitu terasa kehilangannya, cuba bayangkan apa yang keluarga mereka ini sedang lalui sekarang.  Kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidup mereka. 

Dalam hidup aku selama 45 tahun ini, aku telah menghadapi saat2 kehilangan insan2 yang begitu rapat dengan hidup aku.  Bapa kandung, bapa mertua, bapa angkat, ibu angkat, ibu kandung, anak kandung.  Hanya orang yang pernah melalui situasi sebegini sahaja yang dapat menyelami rasa yang sebenar2 rasa keperitahan akibat kehilangan tersebut.  Pedihnya mengetahui kebenaran kerana di sudut hati kecil masih berharap keajaiban akan berlaku.

To 'Him' we Belong, to 'Him' we shall Return... Al-Fatihah..

Sunday 16 March 2014

Syukur Alhamdulilah

Tatkala kita masih lagi dibelenggu rasa sedih dengan misteri kehilangan MH 370, Allah s.w.t telah turunkan rahmatnya pada kita. Dari semalam hujan turun dengan lebatnya di Rawang.  Walaupun arini tak selebat semalam, tapi dengan turunnya hujan ini diharap masalah jerebu dapat dikurangkan.

Membaca status kawan2 di FB, nampaknya hujan turun di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia.  Arini cuaca mendung seharian, tiada kelibat matahari walau sedikitpun.  Jiwa terasa lebih tenang...

Syukur Ya Allah atas rahmat Mu ini....Alhamdulilah..

p/s : terubat rindu dengar bunyi n bau hujan :)

Friday 14 March 2014

TERUSKAN DOA ANDA...

Hari ini dah masuk hari ke 7 misteri kehilangan MH 370.  Tiada siapa pun yang tahu apa, mengapa, ke mana perginya pesawat ini.

Memetik kata-kata Kapten Norudin Abd Majid, bekas Ketua Pilot B777, MAS :

"Di mana sains berakhir, di situ kekuasaan Allah bermula"

Kadang-kadang kita ini terlalu taksub kepada sains sampai kita terlupa akan Pencipta sains itu sendiri.

Allah s.w.t menghantar kejadian MH370 ini semacam satu "alarm clock" agar kita kembali kepadanya.  Agar kita sama-sama bersatu walaupun berlainan warna kulit, berlainan pegangan politik.  Tapi apabila kita sama-sama bersujud, hanya kepada yang satu, Allah s.w.t.

Tatkala, Malaysia berusaha sedaya upaya tanpa mengenal penat lelah mencari pesawat tersebut, ada pulak media antarabangsa yang terang-terang mengkritik kewibawaan Malaysia dalam menangani kehilangan pesawat MH 370 ini.

Tertarik dengan kata-kata Tun M :

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiQfaG_WGITnBqV3v0jdCnFlj2cBuyiowfgd3BM_aNIriuxYEMXA4ww4k_NV8Ye0CIHjxcl5pUcnpDwFH3K7co348Q8c9UHUBQkbFMz1KkxPzE-IKt5h61uWbUhgYLGf5MfdcDNMBt4hYF/s1600/1972537_620012061419800_1091605760_n.jpg

Marilah kita teruskan berdoa bukan sahaja untuk penumpang dan krew pesawat MH 370, tetapi juga kepada anggota-anggota keselamatan yang bertugas tanpa rasa jemu agar mereka berada dalam keadaan fizikal yang sihat bagi meneruskan usaha-usaha tersebut.

Amin..

 


Saturday 8 March 2014

KEMANA HILANGNYA PESAWAT MH370?

Awal pagi tadi aku dapat whatapps dari seorang teman mengenai berita di atas.  Perkara pertama yang berlegar dalam kepala aku "betui ke berita ni"?  Secepat kilat aku copy paste message tu pada kawan aku yang bekerja di MAS. 

Disaat dia mengiyakan berita tu, perasaan aku bercampur baur.  Walaupun tiada seorang pun dalam flight tu yang aku kenal, sedihnya aku terasa jua.  Bagaimana pula dengan keluarga penumpang dan anak2 kapal tersebut? Hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui keadaan mereka.

Hingga ke saat entry ini ditulis, masih tiada sebarang berita kemana menghilangnya pesawat ini walaupun berbagai spekulasi bertebaran di media sosial.  Hanya doa yang mampu kutitip untuk mereka.  Moga ada keajaiban berlaku dengan izinmu ya Allah.

Let's pray for MH370.

# Al-fatihah untuk adik kepada office mate ku, zila yang telah kembali kerahmatullah pada hari ini akibat kemalangan jalan raya. Moga zila sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.


NOBODY KNOWS WHEN THE LAST GOODBYE IS...


Friday 7 March 2014

TEPUK DADA TANYA SELERA




Dalam minggu ni saja isu ni dah diperkata berkali-kali. Samada dari media bertauliah atau pun dari blogger2.  Kadang2 aku tertarik jugak dengan blogger2 ni.  Pandai dorang mencari berita, siap ada fakta, bukti yang kuat untuk menyokong statement dorang.  Memang ada bakat wartawan sungguh. 

By the way, isu yang sedang IN skang ni adalah isu si Hanez Suraya tu. Hahahaha, jangan salah faham.  Ni bukan blog artis, tapi bila membaca pasal kes HS ni aku terpanggil untuk berkongsi cerita.  Bila terjadi benda2 macam ni, kadang2 buat aku terpikir.   Kenapa Allah dah kurniakan isteri yang cukup sempurna, dari segi kecantikan, kepandaian, boleh melahirkan zuriat yang comel tapi tetap ditinggalkan. Bukan saja di kalangan artis, tapi aku sendiri dikelilingi dengan orang2 yang menghadapi masalah yang sama.

Ada 2 orang yang rapat dengan aku mengalami masalah yang sama.  Suami ada perempuan lain.  Dan aku tak nampak sebarang sebab kenapa ianya harus terjadi.  Kalu dilihat kepada kedua2 orang tersebut, tiada cacat celanya.  Atau mungkin sang lelaki tidak boleh mempunyai duit yg lebih, so akalnya panjang ke benda2 lain?  Bak kata pepatah, " kesetiaan wanita diuji di saat lelaki tiada apa-apa, kesetiaan lelaki teruji disaat dia memiliki segala-galanya"Salah seorang dari mereka ini telah pun bercerai, dan telah pun mendapat jodoh yang baru.  Aku benar2 berdoa moga perkahwinan beliau kali ini berakhir hingga ke Jannah..aminn...Manakala seorang lagi masih setia dengan suami yang tak pernah bosan bersilih ganti perempuan.  Aku rasa dalam dunia serba moden skang dah tak wujud perempuan sebegini.  Begitu sabar menghadapi setiap kerenah suami.  Walaupun dipermainkan suami, masih lagi menjaga makan, minum, pakai sang suami.  Hebat sungguh wanita yang satu ini. 

Orang Tua-Tua Kata, perkahwinan terbahagi kepada 3 Fasa :

1.  5 Tahun Pertama Perkahwinan.  Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan.
2.  10 Tahun Perkahwinan.  Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti. 
3.  15 Tahun Perkahwinan.  Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut. 

Walau macam mana lama pun pasangan tu bercinta, 5 tahun pertama perkahwinan sebenarnya adalah sessi menyesuaikan diri.  Maklumlah masing2 lahir dari latar belakang yang berbeza baik dari segi cara pembesaran, pelajaran, kebiasaan, hobi.  Semuanya berbeza.  So kena adjust orang kata.  Macam2 boleh jadi kalu tahap kesabaran tak dikawal dengan sempurna.  Tapi satu perkara yang aku belajar dari perkahwinan ini ialah tolak ansur @ beralah especially untuk sang isteri. As orang perempuan, banyak benda yang biasa di buat masa zaman anak dara harus ditinggalkan.  Bukan sebab suami tak izinkan.  Tapi sebab naluri tu datang dengan sendiri.  Kalu dulu bole lepak2 lepas ofis hour dengan kawan2, tapi bila dah kawin dok pikir nak balik sebab nak masak, kalu ada anak lagilah kan macam2 pikir.  Nak ber reunion pun payah.  Bila tiba weekend, lagilah banyak keja menanti.  Tapi bila dia lahir dari rasa ikhlas, maka tiada secalit pun rasa susahnya disitu. Semuanya dilakukan dengan rela.  Tapi bagi orang lelaki, mereka masih sama walaupun dah kawin.  Nak main futsal ke, nak lepak mamak ngan member ke.  

Satu lagi yang aku belajar, bila pasangan kita tengah marah, jangan sekali-kali kita menaikkan suara, diam tak bererti kita kalah.  Api yang sedang marak kalau dicurah minyak, lagi merebak.  Biar kita beralah dulu, ada ketika yang sesuai untuk kita "bagi" balik pada dorang bila keadaan dah reda.  Masa tu, Insya Allah pasangan akan terima apa yang kita cakap.  Bila kita redha untuk berkahwin dengan pasangan kita, maka kita seharusnya redha untuk terima dia seadanya. Tak perlulah kita nak bertegang urat, menegakkan sesuatu kebenaran sebabnya tak kan bawak kemana.  Sudahnya ada yang terluka jugak nanti.  

Dalam perkahwinan juga memerlukan kemaafan.  Setiap dari kita pasti akan melakukan kesilapan.  Tak kira sekecil zarah atau sebesar naga sekali pun, kemaafan amat penting demi menjaga keharmonian rumahtangga.  Bila kita marah dengan pasangan atas kesilapan yang dia lakukan, kita cuba pikir saat2 manis kita bersama dia.  Pasti ada terselit kebaikan dia di sebalik kesalahan yang dia dah buat.  Dengan cara tu, kita akan lebih mudah untuk memaafkan.  Bagi ruang dan peluang untuk pasangan menebus kesilapan yang mereka lakukan.  Sebab kita sendiri pun bukan insan yang sempurna.  Kalu kita masih sayang pasangan kita, pasti kita akan cuba mencari penyelesaian pada sebarang kekusutan kan?  Pasti kita tidak mau dia terus menjadi nanah atau kudis sekiranya dibiarkan begitau saja.  Lainlah kalu perasaan sayang dah tak wujud lagi.  Maka lain pula la cara jalan penyelesaiannya.  Apa-apa pun, tepuk dada tanya lah selera..

 

Semoga perkahwinan ku dan suami di berkati oleh Allah s.w.t sehingga keakhirnya hayat kami.  Amin..