Friday 31 January 2014

Lawatan ke Zoo Negara

Hari ini merupakan entry terakhir ku untuk bulan Januari.  Sedar tak sedar dah nak masuk sebulan usia blog ku ini.  Dan dalam masa sebulan, aku dah tulis 6 entri. Wahhhh rajin jugak yer..heeheheh.. harap2 berterusan lah hendaknya...

Tanggal 18 Januari yang lalu, atas permintaan eyman kami ke Zoo Negara. Dah bertahun2 rasanya tak jejak kaki kesini. Eyman selalu excited bila baca buku animal dia so apa salahnya kali ini bagi dia tengok live haiwan2 yang dia selalu nampak dalam buku tu.

En somi 1st impression bila kata nak g zoo is "eee busuk kot". Sah2la tak pencinta binatang langsung sama macam aku hihihi.  Since en somi n ezmir ada shoot pada hari tu so yang gigih nak ke zoo tu cuma kami ber 5. Aku (ketua rombongan), danial, mairah, tisya n opkos eyman.

B4 g zoo singgah dulu wedding jiran di institut kraf negara. Anak sulung dia kawin. Normally kalu en somi tak dpt hadir secara otomatiknya aku diarahkan mewakili dirinya. So bila perut dh kenyang kami trus shoot ke zoo.  Mula2 ingat jalan sesak teruk sebb thaipusam di batu caves tp alhmadulilah keadaan agak terkawal dengan bantuan incik polis.

Kami tiba di zoo lebih kurang kul 3pm.  Waktu urusan nya smpi kul 6pm tp tiket kaunter akan tutup jam 5pm.  Bayaran tiket untuk kanak2 ialah RM 10 dan dewasa RM 30.  Mahal gak erkk.. tp bila masuk dalam tu nampak banyak pembaikan yang sedang dijalankan.  N dengar ceta jugak bulan May ni, Panda akan dibawa masuk..wahhhh teruja lak rasa.

So sampai2 kena lah snap gambar depan entrance kan.... 


 Bila dah masuk kat dalam zoo, seperti yang dijangka, mula2 kita akan jumpa kandang zirafah dan gajah.  Di situ jugaklah tempatnya walaupun dah berkurun lama aku tak ke sana.  Suka sangat tengok eyman yang really excited bila nampak zirafah dan gajah. Dia sangat teruja sebab apa yg dia tengok dalam buku dah direalisasikan di alam nyata.




Kami dah nekad tak nak naik tren.  Kalau kat Kuching bole merentas desa dalam hutan tu, apa lah sangat kat zoo ni kan...huhuhu. Lagipun nak bagi peluang dorang tengok haiwan2 ini satu persatu.



















Macam2 haiwan yang eyman dapat jumpa.  Paling aku suka bila dia nampak kambing dia terus cakap, "ibu, itu susu eyman"..hahahahahaa.  Tau dia, yang dia minum susu kambing. Jebra, elepen, jilapah, senake, cocodile..semua tu dia sebut.  Suka sangat agaknya, anak ibu ni yer..

Jalan2 jumpa lak camel @ unta.  tengok unta ingat mizz nina ahahhaah..relevan ke? sebabnya ada tulis di situ unta tu di sumbangkan oleh Ambank. Ambank kan bapak mizz nina punya..so relevan lah unta n mizz nina kan..kan..





Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke tempat orang utan.  Eyman dah jerit2 cakap orang utan tu kawan dia.  Maybe teringat masa dia di Matang Wild Life Centre dulu kot..hehehe.  So tak perlu pergi jauh2 untuk tengok orang utan yer. Zoo pun ada.








Orang utan ni kahwin 2 tau.  Lupa lak nama bini 1st and 2nd dia.  Tapi orang utan nampak betui muka boring dorang.  Agaknya bosan kot hari2 nampak manusia, pastu ada lak yang tak reti bahasa siap baling2 kayu kat dorang.. Tak de sivik langsung dorang ni.

Lagi gambar2 haiwan untuk tatapan.


Kura-kura
 


  Badak air

Satu lagi tempat yang menarik di Zoo ini ialah 6D motion adventure.



Korang nampak tak keterujaannya di situ?  Masa kitaorang masuk tu, dia tayang ceta roller coaster.  Tak pasti apa nama ceta tu.  Seriau kot masa roller coaster tu menjunam turun. Terasa nipis perut!!! Dah teringat lak masa naik roller coaster kat Gold Coast dulu.  Dapat lah rasa angin, air.. best lah. Siap jerit2 lagi bila rasa ada benda yang langgar kami.  Rasa nak tercabut seat kami tu.  Tapi yang peliknya Eyman rilexxx jer.. macam tak de perasaan lak.. adoiii.. Kitaorg yang overr..

End of the day, Eyman dah penat and request nak dukung.  OMG!!!! selalunya ayah dia yang akan dukung kalu dia merengek2 gitu.  Terpaksa lah mengendong dia half way, pastu Umairah lak sambung dan seterusnya pujuk dia jalan kaki sebab dah dekat nak sampai.

Walau apa pun, we all really enjoyed the moment we spent together.  Rasanya Eyman lagi enjoy kot.  Suka tengok dorang suka.  Cuti CNY ni pun long holiday jugak.  Belum rancang nak bawak dorang kemana lagi.  Tapi ada niat nak ajak naik keretapi dari Rawang ke Ipoh....ahahahaaha cita2 dasyat kan. Tapi tak tau lah bila agaknya tu...wait n see.

Sunday 26 January 2014

January's birthday celebration

Januari datang lagi dan sambutan harijadi pertama pada tahun ini adalah untuk AKMAL AZAM yang jatuh pada 13 Januari 2014. Anak kakakku yang no 3.  Umur dah 27 tahun and belum kahwin..at this moment lah.  Bila sebut pasal birthday, tentu2 ada party2 atau dalam bahasa mudahnya, makan2.

Sebenarnya, x tau sape yang mula2 proposed for this party cum makan2.  Cuma seingat aku, kakak aku bagitau nanti kita buat makan2 la untuk besday azam.  Cadangan pertama pada 13/1/14 malam, memandangkan 14/1/14 adalah cuti hari Maulidur Rasul.  Tapi disebabkan faktor2 yang x dpat dielakkan, makanya tarikh yang dipersetujui ramai ialah pada 14/1/14.

Mula2 nak buat di rumah Along jer, masak n gather n makan. Tapi memandangkan tidak mau menyusahkan Along nak masak2, so suggest makan di luar. Bila makan luar, nak pikir pulak kat mana?  Idea aku mula2 sangat2lah memberangsangkan..ahahahaa.  G piknik kat Kemensah. Siap google tu, cari pot yang baik.  Dah angan2 nak buat BBQ n beli lah KFC or pizza.  Nak sewa pondok, mandi2, makan2.  Tapi memandangkan Dr Hisham nak exam so kena study n kalu g piknik ni akan amik masa lama gak, makanya decide g makan kt restoran jer.  Entah mana datangnya idea nak makan steamboat.  Eylia rekemen di Kg Melayu Subang, Island BBQ and Steamboat.  Ada grill2 jugak di samping steamboat.  Aku lak rekemen di Restoran Jazz House Steamboat kat Kg Baru.  Bila tengok kat google dua2 tempat ni pun menarik, tp akhirnya kami pilih Restoran Jazz House Steamboat.  

So datenya dah confirm, 14/1/14 n timenya 6.30pm. Tema : Merah.  Sebab besday boy suka Red.  Makanya berkumpul la kami di sini. Kitaorg sampai 7 lebih, sebbnya Danial lambat abis kelas dia.

 

So inilah tempatnya. Gambar ihsan dari blok kak jee.  Lupa lak nak amik gambar mula2 nak masuk tu.  TQ kak jee.  Tempatnya di No 71, Jalan Raja Alang, Kg Baru.  Dekat dengan Masjid Kg Baru n berhadapan dengan HR Steak House.  Restoran ini dibuka setiap Selasa hingga Ahad dari 6.30 pm hingga 12 malam. Harga yang dikenakan RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2 (7-12 tahun). Kanak2 bawah usia 6 tahun, percuma. Tapi masa kitaorg pergi tu ada promosi, dewasa RM22 sahaja.  Ini no tel kalau korang nak buat reservation 01114333991.

Apa yang menarik kat tempat ini, dia ada hidangkan 3 jenis sup. Sup biasa, tomyam n asam rebus.  Asam rebus jadi kuah untuk steamboat? Iye betui, x tipu. N rasanya?? memang sedap.  Menyebut pasal sos, x pasti kenapa dia bagi kuah kacang.  Normally kuah kacang kan makan dengan sate, x penah pulak makan dengan steamboat. Tp sos black pepper dia sedap.  Disamping bahan2 steamboat yg biasa tu, macam ketam, udang, isi ikan, segala jenis ball dan mee di sini juga ada disediakan nasi putih with lauk pauk, nasi goreng n kuih muih. 

So kita tengok buffet line dia dulu.. tadaaaa...







Lupa lak nak amik gambar seafood..hehehe..  So now, kita layan gambar2 sekitar sambutan besday boy.

 double iman in the house (Iman and Eyman)

 ini mak Iman, Eylia

 Syafiq

 anak dara ku, Umairah

 Suami and abang ipar

 Dr Hisham and wife

 Nampak tak kekecohan makanan di situ?


 Abang Alip..eyman kata


 deco ruang dalam

  kek disponsor oleh abang & kakak ipar besday boy

 besday boy

 besday boy with parents

 Liyana and Amy

Batrisyia..senyum jerrr

 kakak aku ni suka la ramai2 kumpul tu

 meriah kan warna merah sama dengan skirt meja..hehehee


 Danial and ayah






 Seriously, aku suka gambar ni

Selesai majlis, semua pulang dengan perut kenyang.  Actually, x cukup korum ni. Kakak sulung and abang ipar besday boy x dapat join.  

Next besday in January is for myofis mate, Nazrah and Yati. Nazrah 15th and Yati 16th. So we decided to celebrate them on d same day i.e 16th.  Bila tiba time makan mesti pecah paler nk pk kat mana. Mula2 aku suggest (aku lagi!!! hihihi) spaghetti grill di paradigm mall tapi akhirnya kami pegi chillis di citta mall.

so inilah hasilnya....(biar gambar yang berbicara huhuhu)











Dah hujung2 baru sedar yg x snap gambar makanan...hahahaah..

Di penghujung Januari ini rasanya dh xde besday sesape lagi, so tunggu next besday pulak.  Kita tengok sape yang kenaaaaaa....