Thursday 29 May 2014

My LOVE bornday

Ini cerita Ahad lepas, 25 May 2014.  Tarikh yang termetri di kotak pikiran ku sejak aku mengenali insan ini selama 26 tahun (23 tahun kawin, 3 tahun bercinta).

Iyer... hari lahir en somi yang ke?? jeng..jeng..jeng..48 tahun. Lagi 2 tahun boleh kuar 1/2 dari duit EPF hahahaaha... Ini sambutan besday yang kedua kalinya dalam family ini selepas besday Umairah 15/4/14 aritu.

Gigihnya aku siap beli kek ari Jumaat tu, 23/5/14.  Kek crepe okeh!! Selalu tengok IG ctdk, dia makan kek crepe so nak try lah kononnya.  Nak jadi ceta, kek tu aku tertinggal kat opis.  So hari Ahad tak memasal kena pegi ofis untuk ambil kek...Mentelah dah sampai ofis, so kami pakat nak pegi makan di kawasan sekitar.  Mula-mula anak bujang cadang pegi Johnny Rocket di Curve.  Tapi memandangkan menunya berkisar kepada burger, nafsu tu tak bape nak teruja.  Last sekali kami setuju untuk ke Paradigm Mall (sangatlah berhampiran dengan ofisku).  So targetnya ialah CHILLIS.

Sesampai di sana, sedang jalan2 dan menyusuri kedai2 makanan yang tumbuh bak cendawan lepas hujan tu, maka tetiba en somi kata "kita makan kat sini jerlah". Iaitu :

 

Tagline TGI :

 

In Here, It's Always Friday.  Heeheheheh.. syok tu hari2 dah dekat menuju weekend kan.  Cakap banyak pun tak best, biarlah gambar saja yang berbicara.

en eyman mengada2 dengan ibu

 Us dalam kereta,(selfie okeh!!). Tak nampak angah disitu

 kek crepe yang tertinggal kat opis (perisa tiramisu)

  
pose ala2 manja gitu..haahahha
 
lilin tak boleh bubuh banyak2, tak cukup space

Antara makanan yang di order, namanya udah lupa :



happy faces walaupun kids menu jer pun..diet katanya

Dah habis makan kami jalan2 sekitar Paradigm Mall sementara menunggu Pandora ku yang di hantar servis.  Jalan-jalan ternampak skrin besar berhampiran TGI, rupa2nya dorang ada tayang LIVE Piala Thomas.  So kitaorang pun tumpang sekaki tengok, masa tu 1st bergu tengah main :


Jalan-jalan lagi sekitar Paradigm Mall.  Sonok dorang ni dapat jalan2, tak ingat esok Isnin sekolah kan and ibu pun esok kerja..huwaaaaa..


 Gambar ini betul2 mencairkan jiwa ragaku....Eyman..Eyman...


Boleh pulak dia buat gaya macam Ironman tu kan.. nasib dia tak nak patung tu, kalau tak jenuh wooo RM1,800.00 kot harga dia..pengsannnnn..

Kepada my Love, Hepi Bornday suamiku.. Semoga Allah s.w.t panjangkan usiamu, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah.  Moga kasih sayang mu juga melimpah ruah pada kami.  We all love you... Amin...

Hadiah apa yang en Somi dapat?? hehehehe..biarlah rahsiaaaaaa........

Tuesday 20 May 2014

TUA ITU PASTI!!!!

Bak kata omputih, "age is just a number".  Masa umur 20an, sangat takut nak mencecah ke angka 30an, bila dah umur 30an takut pula nak menghampiri ke angka no 4. Four series katanya.  Tapi kalau kereta, 4 series tu dah cukup hebat kan.  Maknanya kita ni pun bila mencecah angka ke 4 tu, tak perlula takut, sebab pasti kita akan jadi lebih hebat (motivate untuk diri sendiri).

Dalam usia 40 an, macam-macam yang akan terjadi pada diri kita.  Kulit yang tegang pun dah jadi kendur.  Badan yang sihat pun mula lah sakit disini sana.  Tambah pulak kalau yang dah beranak ramai macam aku ni.  6 kali bersalin tapi anak ada 5.  Empat bersalin secara normal dan dua secara ceaser.

Bila dah masuk usia ni, macam2 produk la nak try kan.  Kalau orang tu kata produk A ni bagus, kita pun nak jugak cuba.  Tapi harus diingat 1 perkara.  Apa yang elok pada orang lain tak semestinya sama kesannya pada diri kita ini.

Aku sebenarnya tak layak nak cakap pasal penjagaan diri ini.  Dengan nafsu makan yang tak bole dicontrol dan makan lak makan nasi ok!!!! Badan pun tak selim melim.  Tapi aku saja2 jer nak share apa yang aku ambil sebagai supplemen untuk diri sentiasa sihat dan cergas.  Al maklum hari2 kena bangun jam 5 pagi n tidur selewat jam 12 malam.  So nak tak nak kenalah la ambil apa yang patut.

Rutin harian aku setiap pagi dan malam ialah minum susu kambing.  Bukan la yang fresh tapi yang dah jadi powder.  Better Goat namanya. Untuk pengetahuan, susu ini jugak elok untuk baby berusia setahun ke atas sehinggalah dewasa.  Susu kambing kan susu ke dua terbaik selepas susu ibu.  Sebelum Eyman minum brand ini, dia ambil brand Karihome.  Tapi sejak kenaikan harga yang melampau, aku search produk lain yang sama kebaikannya.  So dapatlah produk IKS ni.  Keluaran bumiputera dan di jamin HALAL.   Antara kebaikan susu ini ialah mengawal tahap gula dalam darah, menguatkan sistem imun badan, membantu meningkatkan tahap ingatan dan mengurangkan masalah sendi tulang (arthritis), membantu mencegah asma (lelah), gastrik, ulser perut, penyakit kuning, Hepatitis A serta masalah ginjal. Susu ini juga bagus untuk ibu mengandung, pesakit diabetes dan darah tinggi.  Tapi yang pasti produk ini tidak mempunyai gula, tak hamis dan tinggi kandungan kalsium.  Ini gambar produk tu, 1 kotak 500gm RM 42.00.  Ada 2 perisa, Asli dan Coklat.  Tapi pilihan aku yang pastinya adalah original.

Photo: Jom bersama kami untuk menjadi rakan niaga Better Goat Munif Hijjaz. Modal cuma RM430 sahaja untuk sekarton Better Goat.

1 kotak = 500 gram

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh call/whatsapp/sms kami di 013-7952249.

Di samping itu jugak, aku ambil produk Secret Skin White Kawaii Collagen.  Produk ini aku ambil setelah terkesan bila baca blog Dr Halina, wife Dr Sheikh Muzaffar, angkasawan Malaysia itu.  Bila tengok harganya berpatutan, so apa lagi cubalah kan. Kalau mahal, idak ler teman nak cuba.  Cara minumnya ialah untuk 6 hari pertama ambil 2 sachet sekali sehari (malam sebelum tidur).  Selepas tu, setiap malam 1 sachet sahaja.  Sekotak SSW ada 60 sachet dan harga RM 170.00.  So 1 kotak boleh tahan 2 bulan.  Oklah kan dengan harganya tu.  Cuma bulan pertama tu lah akan terkurang skit sebbnya 6 hari first tu kena consume 2 sachet.  Boleh dibancuh bersama air kosong atau terus jer minum serbuk tu.  Aku?? Tak lah lalu nak teguk serbuk tu, so bancuhlah dalam air ok!



Cantik kan Dr Halina.  Tapi korang tak yah lah expect jadi cantik cam dia. Dia tu dah memang lawa kan... hehehe.  Antara kebaikan produk ini ialah :

• Memberikan tenaga
• Merangsang penghasilan kolagen asal kulit
• Menghalang sinar UV matahari dan mengelak kulit sunburn
• Mencuci darah kotor dan membuang toksin
• Melambatkan penuaan, mengurangi jeragat dan kedutan halus
• Menguatkan tulang dan sendi, rambut dan mencegah kanser
• Kulit lebih anjal, muda, cerah dan berseri
• Membantu mengawal selera makan dan menurunkan paras kolesterol
• Menghilangkan jerawat dan parut
• Menjadikan kulit lebih lembab, halus, licin dan mengecilkan pori2
• Mengatasi masalah tekstur kulit rosak, selulit dan strechmark
• Mengatasi masalah tumit kaki pecah/merekah
• Memerahkan bibir, membantu masalah penglihatan

** Boleh diambil oleh wanita hamil dan menyusui bayi
** Sesuai untuk semua jantina dan usia serta mereka yang ada darah tinggi atau kencing manis

Tengok tu, memberi tenaga.  Itulah sebab utama aku minum.  Supaya badan tak cepat rasa letih.  Tipulah kalau kata sentiasa energetic.  Aku hanya insan biasa. Ada kalanya reti jugak penat.

Skincare.   Hmmmm... tang ni dah macam2 produk aku guna.  Rasa tak sesuai, after 3 months tukar.  So yang terkini aku guna WONDER GLOW.  Ni baru minggu ke dua. So kena tunggulah kesan nya.  Ada kawan di office ni nampak keberkesannya selepas 4 bulan, tapi dia muda. So yang tua ni, mau setahun kot baru ada kesan!!!!Tambah2 jeragat aku yang susah tul nak pudar2 ni.  

Wonder Glow ada macam2 series.  So aku pakai yang GOLD series.  Sebab usia pun dah warga emas.
 
Produk ini terdiri daripada sabun muka (bar), day cream n night cream.  Cara pemakaiannya tak payah ajar la kot.  Masing2 sure tau nak memakai nya macam mana kan.  Tapi tulah aku paling tak suka night cream.  Malas sebenaunya nak ber krim2 di malam hari. Haishh.. Camne la nak cantik kan...  Harga produk ini RM 120.00.  Katanya boleh tahan 2 bulan.  So tak tau la betul ke tidak sebabnya aku baru jer guna.

Untuk make up pulak aku guna RONASUTRA.


Loose powder dan jugak make up base & foundation.  Tapi kalau orang alergic habuk tak taulah boleh guna ke tidak ya sebab produk ni memang serbuk.  Harga loose powder ialah RM 48.00 dan untuk base RM 45.00.
 
Yang ini pulak Kabuki brush for loose powder.  Harga RM 38.00.  Aku suka bulu dia, lembut jer sapu kat muka.

Ronasutra ini adalah 100% mineral base.  So dia bebas daripada talkum, sintetik, minyak, pengawet dan pewangi, di samping ia juga menyediakan perlindungan UV yang berkesan.  Produk ini boleh melindungi, merawat dan melembutkan kulit. Satu lagi faedah menggunakan produk ini adalah sifat-sifat anti-bakteria yang membantu kulit untuk mengurangkan jerawat secara semulajadi dengan penggunaan yang teratur.

So, rasanya itu jer kot yang dapat aku kongsikan pada kali ini.  Macam lipstik, blusher, eye liner semua tu tak yahlah.  Ada yang cap ayam jer yang ku guna.  Cuma lipstik aku memang akan setia dengan 1 jer.  After 1 year baru tukar lipstik baru.  So lipstik terkini ku ialah :
wo wo wo..jangan salah sangka.  Warnanya bukan lah begitu merah ok.  Warga emas kena pakai warna2 nude gitu.  So no kod nya ialah 24.  Harga RM 85.00.  Sebelum ini, lipstick ku ialah Estee Lauder kod 18.
Before mengundur diri, disini aku nak share satu artikel yang ku copy paste dari FB untuk tatapan bersama :
BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

Moral of the story, TUA itu pasti.  Tapi macam mana kita handle nak menuju ke arah itu juga penting.  Bukan setakat lahiriah, rohani juga perlu diisi. Pembawakan diri jugak penting supaya kita lebih dihormati dan disayangi oleh orang sekeliling, sayang ker?? hehehee..

Friday 2 May 2014

Semoga ada sinar kebahagiaan buat mereka....

Tatkala menerima email dari SEGAR (kelab sukan syarikat tempat aku bekerja) mengenai satu program ini membuatkan hati aku terus membuak2 untuk menyertainya.  Entah kenapa aku benar2 rasa ingin turut serta dalam program tersebut.  SEGAR memang kerap juga membuat aktiviti2 CSRnya tetapi disebabkan kekangan masa dan hal2 peribadi yang lain, aku jarang dapat menyertainya.  Di tambah pula kebanyakan aktiviti diadakan di Melaka.  So kali ini aku nekad untuk join mentelah kan tempat nya di Kg Baru, Kuala Lumpur.

Program CSR pada kali ini adalah PROGRAM OUTREACH ZIARAH DAKWAH GELANDANGAN. Setelah mendapat izin dari En Somi, aku terus mendaftar diri.  Dan aku turut "mengheret" dua orang anak ku, Danial dan Umairah untuk turut serta.

Tanggal 21 Mac 2014, pukul 9.40 pm aku dah tercegat di ibu pejabat MAPIM, Kg Baru.  Masa tu, belum ada seorang pun lagi kakitangan atau urusetia SEGAR berada di situ. Acara di jangka bermula jam10.00 pm.  Hanya beberapa orang NGO yang berada di situ.

Sesampainya aku di sana, aku terus mencapai pisau membantu apa yang patut.  Memotong bawang, kentang dan yang sewaktu dengannya. Tak lama kemudian, kakitangan dari Selia Group dan exco SEGAR pun sampai dan sama2 meneruskan tugasan.





Sambil2 membuat kerja, kami diberi taklimat mengenai aktiviti tersebut.  Kami dibahagi kepada 2 kumpulan.  1 kumpulan memasak dan 1 kumpulan lagi untuk "menjelajah" Kg Baru bagi mengenal pasti lokasi golongan gelendangan ini.  Danial ku mintak rakan sepejabat ku membawa dia di dalam group mencari lokasi tersebut manakala Umairah berada bersama2ku untuk membantu di dapur.




Ketua masakan pada malam itu telah bersiap2 sedia untuk memulakan acara masakan.  Menu aritu ialah kari kambing sementara bahagian tulang2 kambing pulak dibuat sup untuk sukarelawan makan.  Kami juga diberi makan bihun goreng yang disedekah oleh dermawan di sekitar Kg Baru. Best berkumpul ramai2 tu, macam kenduri kawin, rewang.  Mana nak cari aktiviti rewang di bandar sekarang ni kan.



Jam 2 pagi kami start packing semua makanan.  Selain nasi dan kari kambing, dalam bungkusan juga disertakan biskut, air mineral dan set jagaan diri seperti ubat gigi, towel kecil, sabun.





Bila semua dah siap, kami dibahagikan kepada beberapa buah kereta untuk pergi mengagihkan makanan tersebut.

Sangat jarang dapat pengalaman merayau di kota Kuala Lumpur di waktu dinihari.  Macam2 gelagat yang kami temui.  Dan kami dilarang untuk berjalan seorang diri atas dasar keselamatan.

Dari satu lokasi ke satu lokasi kami jelajah.  Jalan TAR, Masjid Negara, Kotaraya.  Ada jugak yang bersikap agresif.  Takut pun ada, tapi kami kuatkan semangat demi niat kami yang ikhlas ini.





Dalam banyak2 tempat yang kami pergi, hati aku benar2 terkesan melihat 1 pasangan ini bersama anak kecil mereka.  Secara automatiknya aku terus teringat Eyman yang berada di rumah.  Cuba bayangkan anak yang sekecil itu harus tidur di atas simen yang hanya beralas sehelai kain tanpa dinding dan bumbung.  Air mata aku tak dapat lagi ditahan dek kerana naluri keibuan ku yang begitu tinggi.


Rasanya ramai orang2 kita yang mengeluarkan Zakat demi membantu orang yang kurang berkemampuan.  Dan semestinya, orang2 yang sebeginilah yang harus dibantu.  Aku benar2 berharap agar pihak2 yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan masa depan orang2 yang sebegini terbela.  Semoga ada sinar kebahagiaan untuk mereka.

Selesai solat Subuh berjamaah, kami sama2 mengikuti kuliah Dhuha dan taklimat rumusan program ini sebelum majlis berakhir lebih kurang jam 8 pagi, 22 Mac 2014.  Walaupun keletihan kerana tak cukup tidur, tetapi pengalaman yang jarang2 sekali aku dapat ini benar2 membuatkan aku rasa betul2 bersyukur kerana diberi peluang menyertai program ini. Rasa insaf menyelubungi diri ini.  Kalau kita rasa hidup kita ini susah, hakikatnya masih ramai di luar sana yang lebih teruk nasibnya dari kita.  Bersyukur lah dengan apa yang Allah berikan kepada kita dan hargailah apa yang ada di depan mata kita.

1 Rejab 1435H


Menurut, takwim hijriah islam, awal bulan Rejab iaitu 1 Rejab 1435H adalah bersamaan dengan 1 Mei 2014 tetapi bulan Rejab akan menyusul selepas sahaja waktu Magrib  pada 30 April 2014.  Bulan Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah dan di antara bulan yang suci dan dijadikan bulan untuk umat islam membuat persiapan sebelum menjelangnya puasa di bulan Ramadhan.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxSjUaJqQvOfnFjINPiqgXdqLab1cPaOKJON5nYpal34byWTde5elTUadyrgku-gvP3wsfBV7NuVzL8TY9JDYRf736z3mlMY90u3UaFyhbslpjdzjy8b0QQ7MyQLCsZa5FYIGrMokJKXs/s1600/doa+rejab.jpg
 
 Ikhsan dari melvister.com

Sempena bulan yang mulia ini, ditambah pulak dengan cuti umum Hari Pekerja, maka aku mengambil kesempatan ini untuk berpuasa sunat. Anakku yang ke 4, Batrisyia juga turut berpuasa.
 
Memandangkan Batrisya berpuasa, so sebagai ganjaran aku amik keputusan untuk berbuka puasa di luar (alasan yang sangat klise, malas masak sebb En Somi outstation).

Aku dah lama teringin nak pergi satu tempat ni.  Namanya Bucida Court.  Katanya kat situ ada maggi kari ketam yang sedap.  So sebagai penggemar makanan yang tegar, adalah tidak wajar untuk membiarkan komen2 memberangsangkan terbiar begitu sahaja.  

Bermula lah penggembaraan kami ke destinasi tersebut :


 
 
Kat Bucida ni, konsepnya adalah seperti food court.  So ada banyak la kedai2 makan di sini. Western lah, arab la, melayu la dan lain2 lagi.  Terlupa nak amik gambar, so korang google jer kalu nak tau detail ye.



Ini antara makanan2 yang kami order :




Harga agak pricey, tapi rasa boleh lah  Macam nasi ayam kukus tu ada tempat lain yang lagi sedap kot.  N burger yang kaler biru tu actually roti dia ada pelbagai warna lain jugak, bole pilih.  But the patty very nice.  Maggi kari ketam pulak,typical mee kari yang biasa kita makan cuma di letak maggi n ketam.  But kuah dia tu pekat lah.

Sempena bulan Rejab ini jugak, aku ingin mengingatkan beberapa perkara,  Apa yang aku dah baca ingin dikongsi di sini.  Kadang2 sikap kita yang gemar share segala benda tanpa usul periksa boleh membawa kepada perkara yang tidak baik.  Contohnya penyebaran hadis berkenaan kelebihan bulan Rejab yang akhirnya disahkan PALSU oleh pihak JAKIM.



  Sumber ini ku ambil dari blog melvister.com.  Harap kita sama2 dapat menghayati bulan Rejab ini dengan lebih sempurna.  Terima kasih tuan empunya blog.

 hadis-palsu-3

 Penjelasan Kelebihan Bulan Rejab

Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan. Mana yang tilawah masih agak kurang lancar, perlu berlatih dari sekarang agar dapat khatam seberapa banyak yang boleh di bulan Ramadhan nanti. Bagi kaum wanita yang ingin menggantikan puasa yang terdahulu, boleh berpuasa di bulan rejab. Bagi yang jarang berpuasa, boleh mula berpuasa sunat untuk melatih diri sebelum tiba puasa penuh Ramadhan. Puasa sunat boleh dijadikan sebagai persediaan umat islam untuk menempuh bulan ramadhan yang akan datang.

Antara Amalan Di Sepanjang Bulan Rejab
  •     Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun,
  •     Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  •     Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  •     Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  •     Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  •    Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah       teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Bagi aku senang jer, nak dapat pahala, amalkan sahaja berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, tak kiralah di bulan apa pun kan.  Tapi jangan lah pulak berpuasa di hari yang dilarang berpuasa yer :)