Monday 29 February 2016

Secretary is a reflection of her boss

Setiausaha, stenographer, personal assistant, admin assistant atau apa saja gelaran yang diberikan tapi tugas mereka adalah membantu ketua jabatan atau ketua syarikat masing2. Kalau dahulu, bidang tugas mereka sering dikaitkan dengan kerja membancuh air  sahaja tapi realitinya tugas mereka lebih dari itu.

"A secretary is a reflection of her/his boss".  Aku menggunakan "his" di sini kerana jangan tak tau ada jugak kaum lelaki yang bergelar setiausaha tau.  Kenapa aku terpanggil untuk menulis isu ini? Ianya gara2 satu incident yang berlaku di pejabat aku baru2 ini.  Yang buat aku stress yang hamat!!!! Dari diluahkan di media sosial, baik rasanya diterjemahkan dalam bentuk tulisan di blog ini. Sekurang2nya ianya nampak lebih bijak, hahahaha.

Genap 21 Julai 2016 akan datang, aku dah berkhidmat di syarikat ini selama lebih kurang 19 tahun. Tapi sebelum itu, aku dah bertugas di syarikat yang lain dalam bidang yang sama.  Di syarikat ini sahaja aku dah bertukar lebih dari 10 orang bos yang berlainan gender, karekter dan "angin" dorang. Kalau nak cerita dari bos pertama aku, mau rasanya berjela lak karangan aku nanti.  So kita fokus pada bos aku yang terkini.

Rata2 kakitangan yang mengenali beliau pasti tau bagaimana karekter dia.  Bos aku ni lagi lama dari aku join syarikat ini.  So sekarang dia adalah 2nd man di sini.  Dia sangat cerewet dan meticulous. So mesti korang dapat bayangkan camner la ghupanya kan.  Disebabkan tu, aku jadi seperti dia. Sebelum dokumen masuk bilik dia, aku akan tanya tuan punya dokumen macam2 soalan yang aku akan jangka akan keluar dari mulut dia.

Perbuatan aku ni membuatkan sesetengah rakan sekerja kurang senang.  Seolah2 aku ni lebih sudu dari kuah.  Tapi hakikatnya aku perlu jadi begitu, sebab bos aku nanti akan tanya aku macam2 soalan seolah2 aku yang siapkan dokumen2 tersebut.  Jadi sebelum aku kena free2 dari dia, baik aku buat homework dulu kan.  Kesimpulannya, kalau anda berhadapan dengan pembantu boss yang tidak suka jawab wasup anda bila ditanya soal2 kerja, cuba renung sejenak, tengok boss dia macam perangai dia tak? Kalau sama, makanya betul la telahan aku tu....reflection la katakannn....





Monday 8 February 2016

KERJAYA YANG SESUAI

Masa kecik2 dulu, cita2 aku nak jadi Pramugari, Polis, Cikgu.  Rata2 kalau perempuan, mesti pramugari ada dalam list kan hehehe. Dan ada satu ketika aku penah gak tukar cita2 nak jadi penulis. Zaman sekolah menengah, aku selalu hantar hasil tulisan untuk majalah sekolah.  Mungkin tak ramai yang hantar agaknya, hasil tulisan aku selalu tersiar dalam majalah.

Kerjaya pertama aku setelah tamat belajar ialah setiausaha. Lain2 syarikat, lain bunyi jawatannya. Stenographer, pembantu peribadi, secretary tapi sama jer kerjanya pembantu kepada boss. Syarikat pertama aku Malaysia Airlines (MAS). Walaupun tak dapat jadi pramugari, tapi dapat jugak kerja MAS kan.  Walaupun dah bekerja aku masih teruskan hobi menulis. Zaman dulu2 jangankan laptop, komputer pun aku tak ada kat rumah. Jadi aku tulis tangan jerla. Aku suka buat cerpen, tapi aku tak hantar ke mana2 pun n sayang sekali aku dah tak ingat kat mana letaknya hasil tulisan aku tu.  So skang ni bila dah ada kemudahan, maka terhasil lah blog ini. Walaupun kadang2 lama jugak aku amik masa nak update entry. Hahahaha.

Semalam sambil belek2 FB, aku terlihat seorang teman post kuiz FB di wall dia. Kuiz tu pasal kerjaya yang sesuai untuk kita. So aku pun cubalah. Dan ini hasil nya.


Suratan atau kebetulan?  Yang pasti, aku suka dengan kerjaya aku skang n aku juga suka menulis ☺

Monday 25 January 2016

Hospital lagi!!!

Masuk tahun 2016 ni, dah 3 tahun berturut2 aku dimasukkan ke wad.

Kali pertama Disember 2014, bila disahkan ada batu dalam hempedu so kena buang yang kat saluran hempedu dulu. Tahun 2015, baru bole buang batu kat hempedu tu. Nak tau ceta lanjut bole tengok previous post.

Ni Januari 2016, lagi sekali masuk hospital. Paru2 ada infection. Pneumonia @ bronchitis @ asthma. Seangkatan la tu. Selama aku hidup ni, ini baru 1st time masuk wad sebab asthma.

Aku batuk teruk sebelum tu, 16 jan sabtu malam. Sampai husband ajak ke klinik tp tak nak. 17jan, ahad pagi dalam kul 6 lebih aku ke klinik nak amik nebulizer sebab inhaler berkali2 dah tak bole jalan. Lepas pakai neb aku rasa lega tapi tak sepenuhnya. Balik rumah solat subuh n masih daya masak spaghetti for breakfast. Hari tu hampir seluruh rawang tak de bekalan elektrik. Keadaan yang panas membahang tu buat semput aku menjadi lagi. Dalam kul 10 lebih aku ke klinik lagi amik neb. Jenuh gak cari klinik yang ada letrik sebab nak kena guna neb tu. Rasa lega tapi tak sepenuhnya jugak. En somi ada job. So aku tinggal ngan anak2. Asyik kuar masuk keta sebab nak on aircond.

Dengan cuaca panas tu, aku bertambah sesak nafas. Ajak anak ke emergency hospital selayang. Trus ke asthma bay. Kat situ aku di beri 4 kali neb. In between ada la benti2 n gap tuk neb seterusnya. Tp memang tak mcam biasa. Walaupun pakai neb, masih tak rasa lega sepenuhnya. Sementara tu dorang dah amik darah n buat x ray. Bila dah confirm paru2 ada jangkitan, makanya aku di transfer ke yellow zone. Start bagi injection kembangkan paru2, hydrocot (tak sure ejaan) n masuk air sebab dah banyak kali neb buat aku jadi hydrated. Dah macam2 streoid masuk, baru rasa lega n bole lelap. Kul 2 am lebih dorang kejut transfer ke wad. Udahnya aku di wad sampai ari selasa.

Ni ujian untuk aku. Di awal2 tahun lagi. Aku perlu jaga kesihatan.  Aku harap sangat, moga pasni tiada lagi dugaan sebegini. Moga aku, en somi n anak2 diberi kesihatan yang baik agar kami dapat menjalankan ibadah dengan lebih sempurna. Aamiin

KALAU DAH BUKAN REZEKI

Ni post pertama untuk tahun 2016. Tapi bukan post yang menggembirakan.  Aku sepatutnya nak update pasal ceta cuti2 2015.  Teks dah siap cuma nak insert gambar.  Tapi betul la. Malang memang tak de bau. Handphone aku hilang kat klcc dalam kul 2 ke 2.15pm, 24 jan.  Hilang la semua gambar dalam tu. Paling best tak de back up.

Masa tu nak pegi surau solat zohor. Bala2 tentera dah jalan kedepan dulu. Yang tinggal cuma aku n batrisyia. Hp tu letak dalam handbag yang tak de zip. Memang terasa macam ada yang seluk. Bila tengok dah tak de n pusing sekeliling orang ramai tak tau sape. Sungguh cekap modus operandi dorang ni. Buat repot kat klcc security just for their knowledge. Memang tak harap la nak dapat balik hp tu.

Aku redha dengan kehilangan tu. Dah memang bukan rezeki aku. Cuai diri sendiri, mungkin aku tak cukup bersedekah. Ni alarm dari Allah swt untuk aku. Doa aku cuma satu, moga Allah swt tutup aib aku. Tiada penyebaran gambar2 atau info2 dalam hp tu. Moga Allah swt dengar doa aku. Aamiin


Saturday 21 November 2015

NIAT ATAU MATLAMAT YANG BAIK TIDAK SEMESTI MENGHALALKAN CARANYA

Sekarang aku faham bila ada yang sanggup bunuh diri disebabkan stress dengan orang sekeliling. Melalui blog dan berita yang ku baca beberapa bulan yang lalu, katanya ibu muda ini yang baru melahirkan anaknya telah terjun dari apartmen kediamannya kerana tidak dapat menerima hakikat dan mulut2 orang sekeliling kerana dia gagal menyusu bayinya @ breast feeding.  Samada berita ini betul atau tidak, tapi aku percaya yang keadaan persekitaraan dan masyarakat sekeliling mampu mendorong kita untuk mendapat stress dan tidak mustahil dari rasa stress itu jugak mampu mendorong kita melakukan perkara selanjutnya. Ini berdasarkan apa yang aku dengar dari luahan seorang teman.

"tak kira nak ceta jugak dengan kak ida". Walaupun waktu tu aku tengah sibuk dengan tugasan di pejabat, tapi aku masih mampu pinjamkan telingaku untuk mendengar sambil tangan pantas meneruskan kerja. Dia mula bercerita dengan penuh semangat.

Sedang dia khusyuk di mesin fotostat, datang A membawa dokumen kepada B.  Teman ku ni sedar dari kerlingan matanya, walaupun si A bercakap dengan si B tetapi matanya lebih berminat kepada temanku ini.  Akhirnya si A menghampiri si temanku ini dan menegur perut teman ku ini.  Yang menjadi amarah temanku ini kerana si A secara lantang menegur perkara sensitif tu dihadapan orang lain. Si A juga menyarankan temanku ini memakai korset @ girdle supaya badan lebih mantap dan tidak tersembul2 benda yang tidak perlu.  Ku ingatkan benda ni dah habis setakat tu saja.  Rupa2nya, masa dalam perjalanan balik bertubi wapps masuk dari temanku ini.

Katanya, tak puas dengan apa yang berlaku tadi rupanya ada golongan lain pulak yang komen pasal tubuh badan dan pakaian teman ku ini.  Malah ada yang lebih berani sampai sanggup menyentuh buah dada temanku dan komen saiz buah dadanya. Malah dalam wasap temanku ini beliau menulis :

Hodoh n hina sgt ke sya hari ni kak😭😭😭
Patut kr saya pakai jubah hitam untuk elakkan fitnah perempuan2 ..... kat opis ni
Seriously.. Saya pening la
Depa yg nak mati ke sya dah nk mati ni

Ok yang ni buat aku terkesima. Benda yang kita nampak kecil atau remeh pada pandangan mata kita tapi ianya mungkin tidak pada orang lain. Tambah2 teman ku ini seorang anak dara yang belum berkahwin.  Jadi sedikit sebanyak pasti apa yang dikomen tadi memberi impak yang besar bagi dia.

Ceta dia buat aku bukak mata. Walaupun kita ni dah kawin, anak dah 7, 8 orang tapi body solid molid (obviously bukan aku la kan) jangan la kita sewenang2 nak mengata orang. Mungkin niat kita baik nak dia jaga badan tapi apa salahnya teguran tu dibuat secara 4 mata bukan terang2an dihadapan orang lain.  Bagi kita mungkin ok tapi tidak bagi dia.  Ingatlah, niat tidak menghalalkan cara. 

Terima kasih buat teman yang meluahkan rasa hatinya padaku.  Sekurang2nya ianya juga buat aku sedar sebab aku pun kadang2 terlepas pandang benda2 sebegini. Aku ni suka bergurau so niat gurau aku tu tak semestinya orang lain boleh terima kan. 

So buat teman ku tadi, ku nasihatkan beliau agar lupakan je komen2 tu.  Let it go. Sebab kalau kita asyik bercerita pasal benda tu nanti kita asyik teringat je. Bila asyik teringat kita lak jadi stress.. kita amik je positif.  Sekurang2nya teguran tu buat kita beringat pasni kita pakai pakaian dan tudung dengan lebih sempurna supaya kita tak menyumbang orang untuk mengata kita. Tapi bukan tu je nasihat aku pada dia....

Lain kali bila org ckap gitu ko ckap balik. Dh abis kak cakap? Xpe sy maafkan apa yg akak ngata saya ni. Sebb akak dh tua takut x sempt mintk maaf dr sy

Oooo rohaida ingat matlamat awak tu tak menghalalkan cara tau....

Wednesday 23 September 2015

Moga kau tenang di sana....

Dalam bulan ni saja aku dah terima macam2 cerita sedih. Yang buat aku ketika ini di saat ini, 11.47pm masih gagal untuk memejamkan mata.  Sambil menghirup susu kambing panas, ku coretkan kisah sedih ini.

1.  11 Sept.  Kejadian kren runtuh di Masjidil Haram, Makkah.  Tiada seorang pun mangsa yang terlibat aku kenali atau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan aku. Tapi kesannya seolah2 mereka adalah saudara rapat aku. Rasa sedih dengan kejadian yang kita sendiri tak terduga.  Tetapi sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui segala2nya.  Salah seorang mangsa tersebut adalah Puan Rusiah Suar adalah jiran sekampung rakan sekerja ku.  Menurut rakanku itu, mangsa lebih dikenali sebagai Makcik Ros, merupakan seorang yang pandai memasak untuk kenduri kendara.  

2.  17 Sept.  Sedang aku melayari FB, mata aku terpandang status seorang rakan lama. Sahabat kami yang dulu bekerja di tempat yang sama telah meninggal dunia pada 16/9/15.  Terkejut sungguh aku dengan beritu itu.  Menurut rakan ku itu, arwah meninggal disebabkan sesak nafas.  Memang semasa hayatnya, arwah mempunyai sakit asthma.  

3.  Pagi Isnin, 21 Sept.  Sambil2 check email ofis, terpandang satu email bertajuk Al-fatihah.  Salah seorang, pekerja syarikat kami telah kembali ke rahmatullah pada 20/9/15 akibat kemalangan jalanraya.  Walaupun tidak mengenali beliau secara rapat kerana beliau bekerja di pejabat Negeri Sembilan, namun sedikit sebanyak berita tersebut memberi kesan kepada ku.

Moga keluarga mereka tabah hadapi ujian dan dugaan ini.  Kita doakan agar roh mereka yang telah pergi ini dicucuri rahmat Allah s.w.t.  Al-fatihah.

Image result for al fatihah

Monday 21 September 2015

FACEBOOK TIDAK MENGGAMBARKAN KEHIDUPAN SEBENAR SESEORANG

Tertarik dengan 1 artikel dari FB En Izzhar Nazri.  Tajuknya ialah "facebook tidak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang".  Melalui penulisan tersebut, beliau mengatakan bahawa apa yang seseorang itu kongsi di wall masing2 samada makan di restoran mewah, bercuti di luar negara adalah tidak memberi gambaran sebenar kehidupan individu tersebut.

Betul la tu. Sejak kebelakangan ini, kalau ada yang perasan aku memang tidak secara terang-terangan berkongsi cerita aku di media sosial contohnya seperti percutian keluarga.  Aku lebih suka letak di blog sebab aku tau blog aku tak ramai pembaca.  Bila tak ramai yang baca, so tak ramai la tau aktiviti aku kan.  Sejak usia dah semakin meningkat ini, aku selalu terfikir bahawa kadang2 niat kita berkongsi gambar atau cerita di media sosial mungkin akan disalah ertikan oleh orang lain. Yang lebih tak bestnya, mungkin kita akan buat orang lain rasa rendah diri dan terpinggir sebab tidak berpeluang merasai apa yang kita rasai.

Di sini aku " copy paste" kan coretan En Izzhar Nazri, semoga ianya menjadi panduan dan pedoman buat kita semua termasuk diri aku sendiri.  Harap En Izzhar tak keberatan dengan perkongsian ini. Terima kasih kepada beliau.

======================================================

[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]
Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
.
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
.
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
.
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!
Izzhar Nazri.
Pelajar Tahun Akhir,
Ijazah Sarjana Muda Psikologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
.