Friday 7 March 2014

TEPUK DADA TANYA SELERA




Dalam minggu ni saja isu ni dah diperkata berkali-kali. Samada dari media bertauliah atau pun dari blogger2.  Kadang2 aku tertarik jugak dengan blogger2 ni.  Pandai dorang mencari berita, siap ada fakta, bukti yang kuat untuk menyokong statement dorang.  Memang ada bakat wartawan sungguh. 

By the way, isu yang sedang IN skang ni adalah isu si Hanez Suraya tu. Hahahaha, jangan salah faham.  Ni bukan blog artis, tapi bila membaca pasal kes HS ni aku terpanggil untuk berkongsi cerita.  Bila terjadi benda2 macam ni, kadang2 buat aku terpikir.   Kenapa Allah dah kurniakan isteri yang cukup sempurna, dari segi kecantikan, kepandaian, boleh melahirkan zuriat yang comel tapi tetap ditinggalkan. Bukan saja di kalangan artis, tapi aku sendiri dikelilingi dengan orang2 yang menghadapi masalah yang sama.

Ada 2 orang yang rapat dengan aku mengalami masalah yang sama.  Suami ada perempuan lain.  Dan aku tak nampak sebarang sebab kenapa ianya harus terjadi.  Kalu dilihat kepada kedua2 orang tersebut, tiada cacat celanya.  Atau mungkin sang lelaki tidak boleh mempunyai duit yg lebih, so akalnya panjang ke benda2 lain?  Bak kata pepatah, " kesetiaan wanita diuji di saat lelaki tiada apa-apa, kesetiaan lelaki teruji disaat dia memiliki segala-galanya"Salah seorang dari mereka ini telah pun bercerai, dan telah pun mendapat jodoh yang baru.  Aku benar2 berdoa moga perkahwinan beliau kali ini berakhir hingga ke Jannah..aminn...Manakala seorang lagi masih setia dengan suami yang tak pernah bosan bersilih ganti perempuan.  Aku rasa dalam dunia serba moden skang dah tak wujud perempuan sebegini.  Begitu sabar menghadapi setiap kerenah suami.  Walaupun dipermainkan suami, masih lagi menjaga makan, minum, pakai sang suami.  Hebat sungguh wanita yang satu ini. 

Orang Tua-Tua Kata, perkahwinan terbahagi kepada 3 Fasa :

1.  5 Tahun Pertama Perkahwinan.  Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan.
2.  10 Tahun Perkahwinan.  Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti. 
3.  15 Tahun Perkahwinan.  Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut. 

Walau macam mana lama pun pasangan tu bercinta, 5 tahun pertama perkahwinan sebenarnya adalah sessi menyesuaikan diri.  Maklumlah masing2 lahir dari latar belakang yang berbeza baik dari segi cara pembesaran, pelajaran, kebiasaan, hobi.  Semuanya berbeza.  So kena adjust orang kata.  Macam2 boleh jadi kalu tahap kesabaran tak dikawal dengan sempurna.  Tapi satu perkara yang aku belajar dari perkahwinan ini ialah tolak ansur @ beralah especially untuk sang isteri. As orang perempuan, banyak benda yang biasa di buat masa zaman anak dara harus ditinggalkan.  Bukan sebab suami tak izinkan.  Tapi sebab naluri tu datang dengan sendiri.  Kalu dulu bole lepak2 lepas ofis hour dengan kawan2, tapi bila dah kawin dok pikir nak balik sebab nak masak, kalu ada anak lagilah kan macam2 pikir.  Nak ber reunion pun payah.  Bila tiba weekend, lagilah banyak keja menanti.  Tapi bila dia lahir dari rasa ikhlas, maka tiada secalit pun rasa susahnya disitu. Semuanya dilakukan dengan rela.  Tapi bagi orang lelaki, mereka masih sama walaupun dah kawin.  Nak main futsal ke, nak lepak mamak ngan member ke.  

Satu lagi yang aku belajar, bila pasangan kita tengah marah, jangan sekali-kali kita menaikkan suara, diam tak bererti kita kalah.  Api yang sedang marak kalau dicurah minyak, lagi merebak.  Biar kita beralah dulu, ada ketika yang sesuai untuk kita "bagi" balik pada dorang bila keadaan dah reda.  Masa tu, Insya Allah pasangan akan terima apa yang kita cakap.  Bila kita redha untuk berkahwin dengan pasangan kita, maka kita seharusnya redha untuk terima dia seadanya. Tak perlulah kita nak bertegang urat, menegakkan sesuatu kebenaran sebabnya tak kan bawak kemana.  Sudahnya ada yang terluka jugak nanti.  

Dalam perkahwinan juga memerlukan kemaafan.  Setiap dari kita pasti akan melakukan kesilapan.  Tak kira sekecil zarah atau sebesar naga sekali pun, kemaafan amat penting demi menjaga keharmonian rumahtangga.  Bila kita marah dengan pasangan atas kesilapan yang dia lakukan, kita cuba pikir saat2 manis kita bersama dia.  Pasti ada terselit kebaikan dia di sebalik kesalahan yang dia dah buat.  Dengan cara tu, kita akan lebih mudah untuk memaafkan.  Bagi ruang dan peluang untuk pasangan menebus kesilapan yang mereka lakukan.  Sebab kita sendiri pun bukan insan yang sempurna.  Kalu kita masih sayang pasangan kita, pasti kita akan cuba mencari penyelesaian pada sebarang kekusutan kan?  Pasti kita tidak mau dia terus menjadi nanah atau kudis sekiranya dibiarkan begitau saja.  Lainlah kalu perasaan sayang dah tak wujud lagi.  Maka lain pula la cara jalan penyelesaiannya.  Apa-apa pun, tepuk dada tanya lah selera..

 

Semoga perkahwinan ku dan suami di berkati oleh Allah s.w.t sehingga keakhirnya hayat kami.  Amin..

No comments:

Post a Comment