Thursday 13 February 2014

FEAR FACTOR MALAYSIA MUSIM KE 2

Aku memang peminat tegar rancangan ni. Sebab rancangan ini lah aku  tak suka Gambit dan aku jatuh hati ngan Ajak Shiro.  Bila kita dalam keadaan susah atau tertekan, "true colour" kita akan terserlah.  Sorok macam mana pun, dia pasti akan terkeluar jugak.  Dan ini yang terjadi dalam musim pertama Fear Factor yang lalu.  Macam mana Ajak handle Elfira yang dah lah kecik size badannya, perempuan lak tu. Nampak kemachoan dan kesabaran Ajak. Dan macam mana rupa Gambit bila tak puas hati, semua nya terjawab.

Tapi Musim ke 2 ini yang buat aku lebih teruja sebabnya anak buah aku dapat masuk rancangan tu.  Gempak kot dari beribu-ribu penyertaan, bole pulak dia terpilih kan.  Pengalaman masa dia nak hantar video klip ke Astro, memang tak boleh dilupakan.  Shooting tu di buat di rumah aku. Dan yang tukang shootnya haruslah paksu nya, from Hishamvideographer (bole contact I yer kalu nak buat event apa-apa..hehehe promo skit).  Durasi video tak lah lama mana, tapi proses shoot nya buat aku malas nak layan. Berapa kali cut, sambung balik, fed up pun ada.  Aku dah awal-awal naik tidur dan tak sedar pukul berapa dorang balik.  Wife dia pun according to my husband, siap tertido kat sofa lagi, kesian.  Dalam kul 2 pagi kot baru abis shoot.

Anak buah aku ni doktor and dia memang perfectionist.  Seawal usia muda lagi, dia sentiasa konsisten dalam pelajaran dia.  Aktiviti sukan pun sama. Aku tak kan dapat lupa sampai bila-bila waktu selamatkan dia dari lemas. Masa tu umur dia dalam 2 tahun kot.  Dia lemas dalam bilik air kat rumah and aku yang jumpa.  Masa jiran sebelah bawak kakak aku n dia ke hospital, aku menangis tak tau nak cakap la sampai jiran tegur suh aku banyak2 berdoa.  Alhamdulilah dia dapat diselamatkan. Dan inilah orangnya DOKTOR AKMAL HISHAM BIN MISWAN dan pasangannya Zain Saidin..ala suami cik ta tu.


Dalam video klip yang nak kena submit ke Astro tu, one of requirement ialah kena pilih siapa pasangan yang dipilih dan mengapa.  Memang Zain not in the list langsung.  Dia pilih either Shuib, Bambang orTanuja.  Tapi Zain yang pilih dia kot hahaahaha.. I dun know, pilihan dibuat oleh Astro or selebriti sendiri. Dan untuk pengetahuan, Cape Town ni tempat dia g honeymoon ngan wife dia jugak.  Tu yang teruja kot nak masuk FF. heehehehe.

Ceta profile pun ada jugak.  PC untuk introduce semua peserta di buat pada 11/2/14.  So by next day, 12/2/14, diaorang dah update dalam website FF.  Aku orang pertama yang dapat capture gambar Sham bukan Sham sebenarnya.  Profile dia betul with his correct name and profession except for the photo.  Aiseh...So biasalah, bz body the next day tu, 12/2/14 aku komen kt FB FF dan call Astro.  Jenuh gak dorang pass line nak cari sape yang incharge.  Last2 aku tinggal my nos. n name so dorang janji nak call balik.  So petang tu, one lady called me by the name of G.G.  So i explained to her about the things..bla..bla..bla n she promised to fixed the problem.  Lewat petang tu dapat whatapps dari Sham kata yang gambar dah tukar tapi profile lak salah..adoiiiii... Macam mana la dorang ni buat kerja. Bukan ke sepatutnya, before u post anything kena check dulu. Especially media kan, sure la ada editor lah check kena proof read lah. Being a bz body achik again, I called Astro early in the morning on 13/2/14. Hahahaha..ofis tak bukak lagi.  Dorang start kul 9am.  Berkali2 aku call asyik tak dapat jer cakap ngan person in charge.  Meantime aku dah awal2 komen kat FB.  Tup2 dalam tengahari check lagi sekali dlm website, dah tukar. Terasa kot ayat yang aku komen dalam FB tu.  Nasiblah kan...

So untuk peminat Fear Factor, nantikan kemunculan episod 1 yang akan bersiaran mulai 15/2/14, setiap hari Sabtu dan Ahad.  Dorang ni terdiri dari 2 team, A and B.  Hisham in team B, so bila dia akan muncul, im not sure the exact date.  Tengok jerlah dari mula, tak rugi pun kan.

Bawah ini gambar-gambar sekitar PC aritu.  Semua gambar kredit to www.astrogempak.com.my

 Psstt.. kita dah tau sape yang menang.. tp secretlah weiiii....aahhaahhaahha.



16 Pasangan Finalis Fear Factor Malaysia



























No comments:

Post a Comment