Sunday 16 February 2014

Alah bisa tegal biasa

Peribahasa di atas membawa maksud "Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya".  Apa yang membuatkan aku nak ceritakan pengalaman aku ini ialah kerana one of my fren di ofis tanya aku kenapa aku tak tulis pasal rutin harian aku dalam blog.  So I ask her, why shud I?  Dan ini jawapan dia:

because in a way u inspired me.. cuma beza saya takde anak n laki nak kena jaga
tapi semangat nak bgn pagi tu ada la, lately ni mcm ok sikit, senang bgn awal
rasa mcm ur time is fully used, tak membazir masa
i like, mcm best la, teratur susunannya


I'm inspired people??? Biar benar!!!!! Cam tak caya jer.  Kadang2 tu saje suka kongsi ceta, especially bab2 masak sebab aku memang suka dengar orang tu masak apa, maklumlah aku ni kan pemakan..ahhahahaha or Cik Wok??..whatever!!!

Berbalik kepada kisahku, sejak tahun 2000, aku telah menggaji seorang pembantu rumah.  Sebab utamanya ialah kerana ingin menjaga ibuku (kini telah arwah - Al-fatihah) yang uzur ketika itu.  Pada masa tu, aku mempunyai 3 orang anak berusia lingkungan 8, 4 dan baby yang baru lahir.  Sepanjang tempoh tu sehingga tahun 2008 aku mempunyai lebih kurang 5 maid yang bertukar ganti cuma yang ke 5 tu adalah maid yang 1st aku ambik masa tahun 2000.  Berhenti sebab nak kawin, nak balik mak sakit n lari malam pun ada.  Tapi ini bukan kisah maid yang aku nak ceritakan.

Masa maid terakhir aku tu lari malam, suami aku dah nekad tak mau lagi pakai maid. Sebabnya dah fed up ngan perangai sorang2.  Dan kebetulan jugak masa tu anak pun dah besar2, masa tu aku ada 4 anak yang kecik umur 4 tahun. Dalam masa yang sama jugak suami aku dah amik keputusan untuk amik VSS dari syarikat yang dia bekerja dan memulakan perniagaan sendiri.  Maka di sini ceritanya bermula.

Selama lebih kurang 8 tahun hidup aku dibantu oleh seorang maid, bayangkan dalam sekelip mata tiba-tiba maid tu dah tak ada.  Memang lain macam rasanya.  Selama ada maid, tugasan memasak memang aku buat sendiri, tapi urusan2 lain macam mengemas, gosok baju dan lain-lain diuruskan oleh maid.  Aku memang terasa sangat-sangat ketika itu.  Tapi kehidupan harus diteruskan, tak kan nak menangis kot!!!!  Pada tahun 2010, aku melahirkan seorang lagi anak diusia awal 40 an.  Tak sangka sebenarnya akan ada anak lagi, tapi sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t.  Alhamdulilah.

Anak dah 5, kerja rumah bertambah, walaupun yang lain-lain tu dah besar.  Aku ada 3 boys and 2 girls.  1st and 2nd, lelaki.  3rd and 4th perempuan and last is lelaki.  In between aku ada pregnant gak tapi tak dapat diselamatkan, meninggal dalam perut. Mungkin cerita ini aku akan kongsi di lain entry, Insya Allah .

Rutin hidup aku bermula seawal jam 5 pagi setiap hari bekerja (dulu2 isnin hingga sabtu but nowadays sabtu dah tak keja).  Tapi kadang2 tu ada gak terlajak 10-15 minit.  Tapi kalu terlajak sampai 1/2 jam nanti aku akan tak cukup tanah berlari..hahahahaha.  Tugas pertama aku turun kebawah bersiap2 untuk masak, breakfast and lunch.  Since suami aku working from home and anak2 semua balik rumah lepas sekolah so aku perlu masak untuk dorang.  Tapi anak2 dan suami pagi2 memang dorang tak makan berat, aku jer yang kalu boleh pagi, petang, siang, malam melantak nasi...eehehehee.. So menu breakfast ringkas2 jer seperti nugget, cekodok, lempeng, cereal or kalau ada nasi semalam lebih ku buatkan la nasi goreng. 

Untuk lunch aku masak sekali dengan dinner.  Nasi tu masak dalam rice cooker sekali 5 pot sampai ke malam, on jer suis nya.  Lauk utama memang masak pagi, cuma kalu time dinner nanti tambahlah kot2 nak ikan goreng or telur.  Selalunya aku masak 2 jenis lauk.  Selesai tugasan memasak, aku akan sidai kain.  Baju dah memang siap2 basuh malam sebelumnya.  Anak2 amik giliran membasuh.  Ala bukan susahpun, masuk mesin jer kan, cuma baju sekolah perlu direndam dulu dan disental sebelum masuk mesin.  By 6.30 pagi aku perlu naik ke atas, buat susu untuk anak bongsuku yang masih nyenyak tido tapi bila suapkan botol susu, tau lak dia menganga minum.  

Aku akan terus pergi mandi dan bersiap2 untuk solat dan pergi kerja.  Sambil2 tu, suara aku memang loudspeaker la mengejut semua penghuni rumah tu bangun mandi, solat..Tak yah susah2 pakai mic, very loud and clear.  Dah siap2 terus turun bawah, kalu sempat capai breakfast, ku suap lah sikit dalam mulut. Kadang2 tak lalu makan masakan sendiri hehehehe...

Jam 7.10am aku kena keluar rumah, antar Eyman ke bbsitter.  Walaupun suami bekerja sendiri, tapi Eyman perlu dihantar ke bbsitter sebabnya dia banyak buat editing work, so kerja dia tu memerlukan konsentrasi yang tinggi.  Kang silap, susah pulak kan.  Lepas bye2 Eyman, terus chao amik penumpang2 ku..kawan sekerja yang sama2 kongsi kereta ke pejabat.

For info, aku ni tinggal di Rawang dan bekerja di Kelana Jaya.  Selalunya tempoh perjalanan ke tempat kerja antara 45 min ke 1 jam.  Tapi kalau traffic teruk alamatnya sampai 1 jam lebih, one way saja yer.  Korang bayangkan pergi balik!!  Selalu aku sampai umah dalam kul 7 lebih.  Sampai jer tak de nya nak Akasia2 sangat (thanks to my PVR-rekod n tengok kemudian) terus je ke dapur.  Kemas apa yang patut, panaskan lauk pauk, kalu perlu ditambah, tambah apa yang patut n hidangkan.  Kalu Isya' masuk lewat we all dinner dulu, kalau tak kena kejar Maghrib baru lah dinner.

Dah selesai semua tu, makan, mandi, solat, barulah boleh berjimba2 dalam erti kata lain berjimba tapi still buat kerja. Sambil2 tengok rancangan yang dah di PVR kan tu, tangan masih lagi melipat kain or melayan anak yang nak buat homework or si kecik yang mintak perhatian.  Udahnya aku masuk tido dalam kul 11 keatas.

Itu rutin aku.  Seawal 5 am dan selewat 12 pm.  Itu tak ceta lagi keadaan kat ofis, dengan meeting, dengan nak deal ngan orang, boss.  Time weekend lak sibuk ngan ironing baju2 sekolah, bayangkan bape orang anak kan? Sekolah agama, sekolah kebangsaan. Udahnya baju sendiri tak bergosok pegi kerja..heehheeh Hectic???  Teramat!!!!  Tapi berbalik pada asalnya tadi, alah bisa tegal biasa..maka Insya Allah akan dipermudahkan olehNya.  Sesibuk mana pun aku, aku cuba untuk mengimbangi antara kehidupan peribadi dan worklife.  Tapi tak dinafikan kadang2 tu memang stress akan wujud dalam diri ini.  Alhamdulilah setakat ini aku masih mampu menjaga displin di pejabat.  Datang tepat atau sebelum waktu bekerja walaupun tak boleh lah awal sangat, sebab aku ada tanggungjawab yang perlu diberes sebelum ke pejabat. Tapi ada jugak sekali2 terlewat sebab traffic not so kind to me huhuhu.. So aku selalu bagitau anak2 aku, tiada sebarang sebab untuk dorang tidak menepati masa. Kalau aku yang dah umur 40 lebih ni, masih boleh ke sana kesini dengan rutin yang havoc tu kenapa dorang tak boleh.  Kalau dorang penat balik sekolah, maka aku pun penat jugak.  So masing2 kena paham tanggungjawab masing2 maka barulah kehidupan kita akan menjadi lebih tersusun dan sempurna.  Discipline is a key pillar to success. So must remember that! (peringatan untuk diri sendiri).

Aku benar-benar berharap aku mampu untuk mengimbangi kedua2nya.  Mampukah aku???

   
 gambar ihsan En Google





No comments:

Post a Comment