Friday 2 May 2014

Semoga ada sinar kebahagiaan buat mereka....

Tatkala menerima email dari SEGAR (kelab sukan syarikat tempat aku bekerja) mengenai satu program ini membuatkan hati aku terus membuak2 untuk menyertainya.  Entah kenapa aku benar2 rasa ingin turut serta dalam program tersebut.  SEGAR memang kerap juga membuat aktiviti2 CSRnya tetapi disebabkan kekangan masa dan hal2 peribadi yang lain, aku jarang dapat menyertainya.  Di tambah pula kebanyakan aktiviti diadakan di Melaka.  So kali ini aku nekad untuk join mentelah kan tempat nya di Kg Baru, Kuala Lumpur.

Program CSR pada kali ini adalah PROGRAM OUTREACH ZIARAH DAKWAH GELANDANGAN. Setelah mendapat izin dari En Somi, aku terus mendaftar diri.  Dan aku turut "mengheret" dua orang anak ku, Danial dan Umairah untuk turut serta.

Tanggal 21 Mac 2014, pukul 9.40 pm aku dah tercegat di ibu pejabat MAPIM, Kg Baru.  Masa tu, belum ada seorang pun lagi kakitangan atau urusetia SEGAR berada di situ. Acara di jangka bermula jam10.00 pm.  Hanya beberapa orang NGO yang berada di situ.

Sesampainya aku di sana, aku terus mencapai pisau membantu apa yang patut.  Memotong bawang, kentang dan yang sewaktu dengannya. Tak lama kemudian, kakitangan dari Selia Group dan exco SEGAR pun sampai dan sama2 meneruskan tugasan.





Sambil2 membuat kerja, kami diberi taklimat mengenai aktiviti tersebut.  Kami dibahagi kepada 2 kumpulan.  1 kumpulan memasak dan 1 kumpulan lagi untuk "menjelajah" Kg Baru bagi mengenal pasti lokasi golongan gelendangan ini.  Danial ku mintak rakan sepejabat ku membawa dia di dalam group mencari lokasi tersebut manakala Umairah berada bersama2ku untuk membantu di dapur.




Ketua masakan pada malam itu telah bersiap2 sedia untuk memulakan acara masakan.  Menu aritu ialah kari kambing sementara bahagian tulang2 kambing pulak dibuat sup untuk sukarelawan makan.  Kami juga diberi makan bihun goreng yang disedekah oleh dermawan di sekitar Kg Baru. Best berkumpul ramai2 tu, macam kenduri kawin, rewang.  Mana nak cari aktiviti rewang di bandar sekarang ni kan.



Jam 2 pagi kami start packing semua makanan.  Selain nasi dan kari kambing, dalam bungkusan juga disertakan biskut, air mineral dan set jagaan diri seperti ubat gigi, towel kecil, sabun.





Bila semua dah siap, kami dibahagikan kepada beberapa buah kereta untuk pergi mengagihkan makanan tersebut.

Sangat jarang dapat pengalaman merayau di kota Kuala Lumpur di waktu dinihari.  Macam2 gelagat yang kami temui.  Dan kami dilarang untuk berjalan seorang diri atas dasar keselamatan.

Dari satu lokasi ke satu lokasi kami jelajah.  Jalan TAR, Masjid Negara, Kotaraya.  Ada jugak yang bersikap agresif.  Takut pun ada, tapi kami kuatkan semangat demi niat kami yang ikhlas ini.





Dalam banyak2 tempat yang kami pergi, hati aku benar2 terkesan melihat 1 pasangan ini bersama anak kecil mereka.  Secara automatiknya aku terus teringat Eyman yang berada di rumah.  Cuba bayangkan anak yang sekecil itu harus tidur di atas simen yang hanya beralas sehelai kain tanpa dinding dan bumbung.  Air mata aku tak dapat lagi ditahan dek kerana naluri keibuan ku yang begitu tinggi.


Rasanya ramai orang2 kita yang mengeluarkan Zakat demi membantu orang yang kurang berkemampuan.  Dan semestinya, orang2 yang sebeginilah yang harus dibantu.  Aku benar2 berharap agar pihak2 yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan masa depan orang2 yang sebegini terbela.  Semoga ada sinar kebahagiaan untuk mereka.

Selesai solat Subuh berjamaah, kami sama2 mengikuti kuliah Dhuha dan taklimat rumusan program ini sebelum majlis berakhir lebih kurang jam 8 pagi, 22 Mac 2014.  Walaupun keletihan kerana tak cukup tidur, tetapi pengalaman yang jarang2 sekali aku dapat ini benar2 membuatkan aku rasa betul2 bersyukur kerana diberi peluang menyertai program ini. Rasa insaf menyelubungi diri ini.  Kalau kita rasa hidup kita ini susah, hakikatnya masih ramai di luar sana yang lebih teruk nasibnya dari kita.  Bersyukur lah dengan apa yang Allah berikan kepada kita dan hargailah apa yang ada di depan mata kita.

No comments:

Post a Comment