Friday 10 January 2014

Meow..meow..meoww

Aku tak suka kucing sebabnya dari kecik aku ada lelah @ asthma. Alergic dengan bulu kucing. Tapi kali ini bukan nak cerita pasal kucing tapi Kuching hehehehehe. Cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga pergi cuti-cuti ke Kuching. Kami di sana dari 10 hingga 13 disember 2013. Ini lawatan ke dua bagi aku, suami, ezmir n danial. Tapi dah sangat lama.  Masa tu, budak 2 orang tu kecik lagi.  Eyman n tisya sangat teruja sebab ini kali pertama merasa naik belon.

Upon arrival, kami ke Santubong. Di Santubong, kami tinggal di Damai Puri Spa & Resort. Tapi tak jumpa pulak puteri santubong huhuhu.  Hotel n view sangat cantik tapi banyak tahi burung kat reception. Boleh tak aku tengah nak check in dia berak kat tangan aku...weiiii...tak berattitude sungguh burung2 ni.  

Day 1, free & easy.  Anak-anak kecik berkobar2 nak swimming.  Pool dia sangat menarik.  One of the reason why I chose this hotel.  Dia ada 2 pool ok. Yang pool untuk kanak2 itu sangat best.  Enjoy la mereka2 ini.  Yang anak lelaki 2 org tu, layan gym. Umairah pulak, tidooo lewat petang baru join swim.


 Main Pool - for adult
 View yang sangat cantik
 Gunung Santubong

 Reception

 Kids Pool







Day 2, after check out, kami proceed to Sarawak Cultural Village. Must visit place if u go to Kuching. Entrance fees RM 60 dewasa, kanak2 RM 30. From Damai Puri, sangat dekat. Ada rumah2 kaum Sarawak kat situ macam Rumah Melanau, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Melayu n Cina jugak.  Setiap rumah akan ada orang yang terangkan dengan detail pasal rumah2 ni.  Yang lebih menarik dalam rumah2 tersebut juga ada orang yang menjual cenderamata n kuih2 tradisional sarawak.  Bayangkan makan kerepek n baulu panas2.  Sedap sangatlah kan.   Dah habis pusing, kami pergi ke dewan.  Di situ ada cultural show.  So macam2 tarian kebudayaan sarawak ditunjukkan.  Last sekali dia ajak penonton untuk join sekali menari.  En somi pun volunteer laa...aicehhh..


kat entrance SCV.  Just nice for 5 of them




 try menyumpit





Kami bermalam di Grand Margherita di bandar Kuching untuk 2 malam. Actually from Margherita nak shopping ke waterfront, jalan kaki jer.  Hotel ini sangat convenient. Dekat dengan segala2nya. Bank, McD, shopping complex dll.  Untuk beli terubuk masin n kek lapis Dayang Salhah, kami ke Kg Boyan.  Kena naik sampan.  Tambangnya 50sen.  Kalau jalan darat, jauhlah nak pusing.  So most penduduk Kg Boyan yang kerja di bandar Kuching akan melintas Sg Sarawak dengan sampan ini.  Seriously, aku takut naik sampan tu. Rasa macam nak terbalik jer....huhuhu.  Another boat @ sampan, besar skit saiz nya n of course cantik skit, Sarawak Tradisional Boat namanya.  Dia bawak menyusuri Sg Sarawak.

Then we proceed to see "kawan" eyman di Matang Wildlife Centre.  Sebenarnya nak pergi Semenggoh Wildlife Centre.  Tapi en somi tersalah set GPS, maka kami sampai ke Matang.  Tempat ini sebenarnya tempat dorang train orang2 Utan.  Jangan ingat kita jer pegi sekolah.  Orang utan pun ada 3 stage sekolah dorang, kindergarden, primary n secondary school.  Bila dah grad, orang2 Utan akan dilepaskan dalam hutan berhampiran.  So jangan terperanjat kalu tiba2 kita menyusuri jungle trekking tu, tiba2 muncul orang Utan depan mata..hahahahaha..(this is joke!!).  Since eyman dah declare orang Utan as his friend, so dia tak takut langsung dengan orang Utan tu.  Siap cakap, ibu sian kawan eyman ibu. Sebabnya, orang Utan tu duduk dalam cage.


 reception



 Kat seberang sana tu Kg Boyan

 Semua orang pun akan amik gambar di sini kalau datang Kuching.  Depan Margherita saja.
 Matang Wildlife Centre


 Jungle trekking













 Satu pusingan tu, betul2 exercise..huuhu penat

 Naik Sarawak Tradisional Boat


 tu Dewan Undangan Negeri

So setakat ini sahaja percutian kami.  Now back to reality..kerja..kerja..sekolah sekolah.  If ask me personally, aku lagi suka Sabah.  So next trip to Sabah??? Tengok jadual en somi dulu.  Susah nak book time dia especially in December. 



No comments:

Post a Comment