Hari ini, 31 Oktober 2014, hari terakhir dalam bulan Oktober. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan ini. Biar ku kongsi satu persatu.
Bermula pada tanggal 2/10/14 bersamaan hari Khamis. Hari aku dilahirkan kedunia ini. Alhamdulilah, syukur atas nikmat Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara di dunia ini. Tahun ni genap usia ku 45 tahun. Lagi 5 tahun cukup untuk aku punya sebab mengeluarkan separuh dari duit EPF.. hahahahaha..Sambutan harijadi yang dihostkan oleh en somi, buat aku benar2 terharu. Terima kasih abang..

Seterusnya, 17/10/14 @ Jumaat. Ini hari ulangtahun perkahwinan ku yang ke 23 tahun. Lagi 2 tahun menuju ke jubli Perak. Syukur kepada Allah s.w.t kerana kami masih diberi peluang untuk sama2 meneruskan kehidupan ini sebagai suami dan isteri. Sesungguhnya kasih sayang ku kepada nya tidak pernah luntur dari sejak zaman bercinta dulu. Aku amik kesempatan pada hari ini untuk mengambil cuti dan keluar berdua2an ngan en somi. Bukan pergi mana pun tapi pergi makan2 dan pergi ke satu tempat, katanya untuk membeli hadiah harijadiku yang tertunggak. Apa kah dia? Tu kena tunggu hingga ke hujung rancangan yer. Kami dinner ber2 di TGI Friday. Malangnya lupa amik gambar sebab lapar sangat. Gelojoh kan..??
Senamrobik
Acara untuk big2 boss
Galah panjang
Lompat getah
Seterusnya malam tu kami berdinner pulak. Tema pada tahun ini ialah Masquerade Nite. Hambik ko!!!! Nak tak nak kena gak lah pakai topeng kan. So rasanya tak perlu la cakap banyak2 biar gambar yang berbicara. Opss tak yah tanya2, memang confirm tak dapat apa2 pun lucky draw, okeh!!!!
Macam mana? Ok tak?
Ni adiah bukan saya yang punya
Dengan boss yang baru dapat title Datuk
Its cost me RM18 for tis topeng huhu
Fefeeling anzalna bila pakai baju zawara la konon
Peristiwa seterusnya di bulan Oktober ialah 1 Muharam 1436 jatuh pada 25 Oktober 2014, hari Sabtu. Sayang, aku tak dapat berpuasa pada hari tersebut kerana keadaan tidak mengizinkan. Apa azam aku tahun ni? Nak kurang gedik kot bila bergambar. Umur pun dah lanjut kan, sedar2 lah diri.
31 Oktober 2014. Dua benda berlaku pada tarikh ini.
Pertama, anak buah ku Akmal Azam melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya Shuzaili. Doakan ku agar kedua2nya dipanjangkan jodoh hingga ke Jannah. Moga kalian berdua tabah menghadapi dugaan berumahtangga dan dikurniakan cahayamata yang comel2. Next event belah lelaki pada 9/11/14.

Yang kedua, ingat apa yang terjadi 17/10/14 yang lalu? En somi kata nak bagi hadiah sempena harijadi. Ker sekali anniversary la kot. Tak kisahlah kan. Nak tau apa bendanya? Sila scroll...
Jeng..
jeng..
jengg..
jengg
jengg
Nampak tak no tu, 17 Oktober my wedding anniversary.. hahahahaah tak yah la nak teruja sangat. En somi bayar down payment jer. Monthly, ko pandai2 lah cari duit nak bayar ye. Walaupun dah ada yang baru, en unzer n en viva masih di hati ku ini. Mereka sama2 berada di saat aku memerlukannya. en unzer keta family, senang nak hangkut barang banyak kalu jalan jauh. en viva cadangnya untuk ezmir bila dia nak keja nanti.
Nampaknya dah abis bulan Oktober dan bulan November bakal menjengah dan nampaknya semakin hampir ke hujung tahun 2014. Aku harap bulan2 dan tahun2 yang mendatang ini akan menjadi lebih bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Sesungguhnya kami amat berterima kasih kepada Allah s.w.t dan syukur atas nikmat yang diberi olehNya. Semoga aku tidak alpa dengan segala nikmat yang diberi. Aamiin....